FAJAR YANG GELAP #1

watch_later
comment 5 Comments
Assalammualaikum dan salam 1 Ummah :)

---

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas rasul-Nya, Muhammad yang tiada doa yang diterima melainkan dengan berselawat atas kekasihNya.

Dalam buku al-Isya'ah li Asyrati as-Sa'ah karangan Imam Barzanji, hafizahullah mengumpulkan beberapa hadith tentang tanda kemunculan Imam Mahdi. Antaranya;

· Kemunculan panglima Romawi berkaki tempang
· Kewafatan Khalifah Arab Saudi
· Kemunculan panji-panji dari Timur Khurasan dan menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi
· Sungai Furat mengering dan menampakkan emasnya
· Gerhana bulan dan maatahri berlaku pada malam pertama bulan ramadhan
· Gerhana bulan berlaku dua kali di Ramadhan
· Kemusnahan daerah Harasata di Syam
· Kemunculan teknologi moden
· Kemunculan api yang besar di sebelah Timur selama 3 hari hingga 7 hari
· Kemunculan kegelapan di langit
· Kemunculan letusan merah di langit
· Terdengar seruan yang bahasanya difahami oleh seluruh penduduk Bumi
· Berlaku perselisihan di bulau Syawal dan Zulkaedah sehingga umat Islam berperang sesama sendiri
· Banyak berlaku perpecahan dan gegaran
· Terdengar seruan yang mengajak ke arah kesesaran
· Berlaku fitnah dan kekejaman

KEMUNCULAN PANGLIMA ROMAWI YANG TEMPANG
Imam Nuaim bin Hammad menyampaikan daripada Kaab,

"Tanda kemunculan al-mahdi ialah apabila muncul bendera-bendera daripada barat yang dipimpin oleh seorang lelaki bertongkat dari Kandah"

Hadith lain,

"Kemudian akan muncull al-Kindi (a'raj) dengan memakai simbol yang indah"

Panglima atau al-Kindi ialah jeneral berkaki pincang ini sudahpun muncul semasa Perang Teluk. komander pasukan NATO iaitu Pengerusi Ketua Turus Tentera Amerika datang dengan menggunakan tongkat dan mengenakan simbol kebesaran di bajunya.

Nama beliau ialah Richard Meyers. Beliau berasal daripada Amerika (Barat), beliau seorang Kindi (panglima), beliau seorang yg tempang (bertongkat), beliau mengenakan simbol kebesaran di bajunya (pangkat tentera jeneral)




KEWAFATAN RAJA ARAB SAUDI

Hadith,

"Tiga orang anak raja di perbendaharaan kalian (Arab) aka berperang. namun tiada seorang pun yang dapat meraih kuasa. kemudian bendera hitam daripada Timur akan munvul.."

Sabda baginda lagi,

"Jika kalian telah melihatnya, maka berbaiatlah kepadanya, sekalipun merangkak di atas salji, kerana ia adalah khalifah Allah, Al-Mahdi" (Ibnu Majah dripada Tsauban)

Raja Abdullah, pemerintah Arab Saudi terkini mempunyai tiga orang adik beradik yang mempunyai kemungkinan utk merebut takhta selepas ini (tiga orang anak raja), iaitu Raja Nayef, Raja Sultan, Raja Salman. Kebetulan?

---

Sebenarnya entri ini bukanlah penulisan aku. Tetapi dihantar oleh seorang hamba Allah. Harap anda semua membuka mata dan berdoa semoga kita sentiasa di jalan yang benar. Mungkin ada sambungan seterusnya.

Allah Maha Mengetahui
avatar

Tanda2 akhir zaman semakin jelas

delete 30 March 2014 at 13:35
avatar

Pengkongsian yg bagus. semoga semua bersedia menghadapi dugaan masa depan. ameen..

delete 30 March 2014 at 13:39
avatar
Amir Khalis person

terpaksa hadapinya

delete 30 March 2014 at 13:51
avatar
Amir Khalis person

amin... semoga Allah sentiasa melindungi hambanya

delete 30 March 2014 at 13:52
avatar
Amir Khalis person

terima kasih menjemput :)

delete 1 April 2014 at 19:28



sentiment_satisfied Emoticon