Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Aku rasa kalau post mengenai kenapa buku Ultraman diharamkan dah cliche. Kalau nak tahu boleh klik sini. Jadi hari ini aku nak kongsi cerita mengenai Ultraman yang aku kopipastakan dari Muka Buku.
---
Bapa kepada segala Ultraman adalah Father of Ultra. Bininya adalah Mother of Ultra, mereka terlanjur dek godaan raksasa setan dan dapat anak tak halal. Lalu anak itu diinamakan sebagai Ultraman Taro . Father of Ultra dan Mother of Ultra kemudiannyamengambil anak angkat untuk dijadikan adik dan teman sepermainan Ultraman Taro. Anak angkat ini diberi nama Ultraman Ace. Entah macam mana, melalui perkahwinan baharu, Father of Ultra dapat anak saudara baharu. Anak itu bernama Ultraseven.
Anak-anak Father of Ultra ini kemudiannya membentuk gandingan baharu. Satu kumpulan yang kuat untuk menghadapi ancaman raksasa- raksasa jahat. Ultraman Taro, bersama adik angkatnya Ultraman Ace dan sepupunya Ultraseven, dengan tiga lagi gandingan iaitu, Ultraman Zoffy (cucu kepada Ultraman King), Ultraman Jack , adik iipar kepada Father of Ultra yang juga pakcikkepada Ultraman Ace, Taro dan Ultraseven, dan ahli terakhir adalah Ultraman sendiri -senior lama yang tidak ketahuan asal-usul ibu dan bapanya. Kesemua mereka menggelarkan diri mereka sebagai Ultraman brothers.
Keenam-enam Ultraman ini kemudian disertai oleh kembar dua beradik Ultraman Leo dan Ultraman Astra dan Ultraman 80 . Leo dan Astra adalah anak angkat Ultraman King. Manakala Ultraman 80 seperti Ultraman, tidak ketahuan juga asal-usulnya. OK, sekarang sudah ada 9 ahli Ultraman Brothers. Masuk lagi 3 ahli, iaitu Ultraman Mebius iaitu anak murid Ultraman Taro. Menyusul pula Ultraman Hikari kawan baik kepada Mebius. Dan ahli terakhir adalah Ultraman Zero yang juga anak kepada Ultraseven. Ultraman Zero ini berguru dengan Ultraman Leo. Seiring dengan peredaran zaman, ahli-ahli Ultraman Brothers juga bertambah dan bersilih ganti.
Menyusul pula Ultraman Tiga , Ultraman Gaia dan Ultraman Dyna .
Dan persoalannya, Ultraman mana yang paling grande? sebelum terlupa, cuba bilang ada berapa jenis Ultraman semuanya?
---
Hahaha aku baca pun pening.
Lebih minat Power Rangers