Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Akhirnya keputusan SPM keluar. Maka keluarlah juga sekalian dari PLKN, pekerjaan dan pengangguran. Dalam entri ini aku tak bercerita mengenai keputusan aku, perasaan aku, segalanya mengenai hari itu cuma mahu semoga anda semua doakan kejayaan saya selepas ini. Terima kasih. Status ini tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. Ini hanyalah kajian aku berdasarkan pemerhatian dan konklusi.
---
Baiklah, pada hari ini aku akan tunjukkan jenis-jenis status facebook pelajar lepasan SPM yang baru sahaja menerima keputusan SPM. Status ini terbahagi kepada:
1. Status pelajar mencapai matlamat dan straight A's
-Berterima kasih dan bersyukur
"Alhamdulillah,kejayaan 9A+ ini saya tujukan kepada ibu ayah yang banyak membantu, guru-guru yang sabar dengan sikap saya, rakan-rakan yang saya hargai dulu, kini dan selamanya, adik junior yang comel serta semua insan yg membantu saya dalam perjalanan ini.. Alhamdulillah Ya Allah, berikanlah mereka kesempurnaan di dunia dan akhirat..:')"
-Menunjukkan gambar keputusan dan kegembiraan
-Berkira-kira hadiah yang akan diterima
"Dengar cerita PIBG akan beri komputer riba.. Yahoo minta phone dengan parents ar..."
-Pening nak pilih hala tuju
"Agak-agaknya biasiswa mana paling baik? Nak overseas atau dalam negara?"
2. Status pelajar tersentak kehampaan dan kesedihan
-Berterima kasih, bersyukur dan akan cuba lagi
"Walau apa pun keputusan yang kita dapat, sama ada cemerlang atau tak, itu semua Allah dah tentukan. Yang penting, apa yang kita perolehi dengan keredhaanNya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Kalah hari ini bukan kalah selamanya"
-Menunjukkan gambar kehampaan dan quote semangat
-
Terlepas hadiah yang dijanjikan
"Damn! Terlepas S5 dengan iphone 5. Huhu terima sahajalah kereta Mini Cooper ini."
-
Pening takut universiti mana akan terima
"Aku nak ambil biasiswa Petronas, tapi tak dapat capai tahap. Hurmm nak ambil diploma dengan asasi yang aku nak pun susah. Macam mana ini? Kahwin jelah senang! Hahahahaha."
---
Anda yang mana agaknya? Aku kategori kedua. Tapi aku tak buat apapun status fb kerana sangat hampa. Alhamdulillah aku bersyukur dapat ibu bapa yang sangat tenang dan menjadi spinal cord aku. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang sentiasa beri semangat dan paling penting aku amat menghargai mereka yang bantu aku semasa sakit, tak boleh bangun, dan tak boleh gerak sepanjang SPM. Apresiasi yang jutaan untuk itu semua. Sekali lagi maaf untuk sekolah aku sebab mungkin aku antara punca kegagalan yang dicanang. Apapun tahniah kepada yang berjaya dan yang macam aku kita buktikan lagi okay! Dan kepada yang sempat tuju dan tujah aku semalam sebab kamus yang hilang terima kasih tambah air mata dan kegelisahan aku :)
aku nak jadi cikgu