"..Discovery Channel,CNN semua satu bagaikan mesin"

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Fuhh fuhh dah berhabuk blog aku selepas 2 hari aku tinggalkan dan biarkan ia terdampar umpama aku terdampar di atas lantai menghadap muka buku dan twitter yang asyik melontarkan isu dan pandangan dari sesetengah manusia yang sel-sel otaknya berhubung dan juga macai-macai copypaste segala perenggan entah dari mana faktanya. Kisah terbaharu yang aku nampak sebagai seorang rakyat Malaysia ialah mengenai CNN. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa, apa yang terjadi dan sebagainya. Mungkin sebab aku jadi mabuk ketum selepas "maaf anda tidak layak untuk memohon" apabila aku memohon biasiswa dan sebagainya. Okay, kembali kepada topik asal. Aku jumpa ini:

 

Macam biasalah aku jumpa benda sebegini dalam Sukan Star hahaha.

Tapi aku selak-selak juga page CNN untuk lihat dengan sendiri. Dan aku suka yang ini, "DEAR CNN , I wanna ask you now.. Who started the first world war ?  Are they Muslims ? Who started the second world war ? Are they Muslims ? Who killed about 20 millions of Aborigines in Australia ? Are they Muslims?? Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki ? Are they Muslims?? Who killed more than 100 millions of Indians in North America ? Are they Muslims ?? Who killed more than 50 millions of Indians in south America ?? Are they Muslims ?? Who took about 180 millions of African people as slaves and 88% of them died and was thrown in Atlantic ocean ? Are they Muslims ?? Who killed 6 million Jews in Germany? Are they Muslims?? No, Not at all, They were NOT Muslims …… So gets your facts right!!! Check your history then you will truly know who the REAL terrorist is. Cut the crap & bull !! Go back, learn Geography and History. From, Kuala Lumpur, Brazil" oleh saudara ini.

 Dan tak lupa yang aku jumpa di dinding muka buku:


Aku fikir juga dengan keputusan SPM aku yang tak sehebat orang lain. Mungkin aku boleh apply kerja dengan mereka hahaha. Tapi kena pandai menipu. Kalau pandai merepek tak boleh? Lololololol!
Tapi bila aku flashback zaman indie dulu-dulu ayat bajet musician aku teringat bait-bait lagu Hujan:

"Satu dunia sudah tahu, Masalahnya semua jadi bisu
Discovery Channel CNN, Semua satu bagaikan mesin
Bush aka semak si presiden, Menantu Dajjal kuat enjin.."

 Mainkan sebelah ini --->


Aku bukan tak berani nak ke hadapan. Aku bukan takut untuk berlawan. Kalau perasan dalam entri ini pun aku tak berikan apa pandangan tentang CNN. Bak kata kawan aku dalam twitter, "...dah tu kerja media Barat,media tempatan pun sama juga,nak ubah deme? Sharpen your sword,rise to the top,and change them".
Jadi aku ambil pendirian untuk tidak nyalakan api di stesen minyak.

Aku nampak inilah yang terjadi kalau buat apa-apa tidak selidik. Sebab itu kita kena sematkan dalam hati:

BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK!

Sesungguhnya Kiah Propa pernah berkata "... jaga-jaga ada yang memerhati!".

Dan tak lupa Al-Fatihah untuk penumpang dan juruterbang MH370 dan mereka di Mesir sana.

Islam Itu Indah
avatar

CNN..isu hangat sekarang ni .. mcm2 je diorg ni . cemne kalau ade wakil CNN fhm bahasa kelate n ganu tu?hehe .

delete 28 March 2014 at 11:20
avatar

memang tengah hot isu CNN ni...dorang ni merapu je lebih..

delete 28 March 2014 at 11:30
avatar
Amir Khalis person

haha walaupun dia faham bahasa inggeris pun dia tak ambil peduli

delete 28 March 2014 at 11:33
avatar
Amir Khalis person

kalau nak merapu meraban meh suruh cnn join blog ni hahaha

delete 28 March 2014 at 11:34
avatar

Assalamualaikum Amir. rasa lawak gak baca kartun tu. sengal... tapi betullah, depa tak baca betul2, fikir dalam2.. apa yang terjadi kat dunia ni.. angkara siapa... Allahuakbar. Innalillahiwainnailaihiraji'un buat penumpang pesawat mas mh370 dan 529 ikhwanul muslimin penyokong Dr. Morsi yang dihukum mati T_____T"

delete 28 March 2014 at 11:48
avatar
Amir Khalis person

waalaikummussalam. biasalah tu mereka dan propaganda mereka.
Al-fatihah kepada mereka semua :)

delete 28 March 2014 at 18:01
avatar
Amir Khalis person

lawak yang perlu diambil pedomannya :D

delete 28 March 2014 at 18:57
avatar

kan.. so . y boleh kite bace kt sini . org kite y cepat sgt melatah . xke..?

delete 28 March 2014 at 23:01
avatar
Amir Khalis person

haha mungkin mereka nak bersuara dan ada antaranya main-main. cepat melatah pun mungkin

delete 28 March 2014 at 23:30
avatar

memang tak pernah percaya CNN..kesian sebab masih ada orang yang percayakan media2 macam ni

delete 29 March 2014 at 01:41
avatar
Amir Khalis person

bukan sahaja CNN banyak juga media lain

delete 29 March 2014 at 02:27
avatar
Amir Khalis person

agenda konspirasi yang memanggil sesuatu

delete 30 March 2014 at 11:44
avatar

cnn ni ntah pape je.
amir aku pandai jugak menipu , agak2 dapat tk apply kije dkt cnn ? wakaka

delete 30 March 2014 at 23:51
avatar
Amir Khalis person

boleh je hahaha lagi-lagi perempuan tapi hati-hati hahaha

delete 31 March 2014 at 00:41



sentiment_satisfied Emoticon