Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi semangat kepada aku dan mereka yang di bawah. Huhu melalui entri aku hari itu dan kata-kata Abg Mamluk nanti aku akan buat lagu untuk ini hahaha. Maaflah kalau tak sedap sebab lagu ini bercampur baur. Lagu asal dari Jangan Pikirin Abang, Rilek Brader, Lama Tak Jumpa dan Al-Haq.
---
Jangan pikirin abang, Jangan rasain abang
Yang penting happy saya, Ngak ada yang gratis abang
Susahnya jadi orang...
Dugaan bukan hanya dalam drama, Ia kan ada dalam hidup kita
Satu persatu dugaan kan menjelma, Mahu tak mahu terpaksa terima
Jangan bilang lagi jumlah aksara, Jangan tanya lagi berapa ku ada
Dah ku cuba usaha sebaiknya, Dan dah ku cuba tawakal juga doa
Kalau hari ini hari duka lara, Mungkin hari esok hari riang ria
Tahniah mereka yang gembira, Yang sama aku ayuh kita cuba
Terima kasih untuk Maha Esa, Jutaan dihargai untuk ibu bapa
Guru di hati tidakkan lupa, Maaf sekali lagi untuk semua
Rilek brader brader rilex, Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex lah.. Rilek brader brader rilex
Rilek brader brader rilex, Rilek brader brader rilex lah..
Tak mampu diamkan yang bertanya, Tak mampu biarkan kita dihina
Kan dah tertulis qada dan qadar, Hakikatnya begitu hanya perlu redha
Mencalar misi dan visi segala, Cuba renungi apa salah kita
Kalau dah singkap ubahlah semula, Supaya dapat menjadi ‘pencipta’
Mulanya aku pun rasa terseksa, Bernasib baik ibubapaku selamba
Mereka kata tenanglah sahaja, Sabar dan cuba berfikiran terbuka
Dan maaf tak mampu aku berjumpa, Sebab tak mahu untuk tunjuk muka,
Tunggu hari nanti kita semuka, wahai sahabat kan ada masa
Lama tak jumpa, Kini bersua
Aku sukakanmu, Ku cinta padamu
Engkau sukakanku, Kau cinta padaku
Sebelum undur diri belum terlupa, Untuk diri ini masih berasa
Aku tahu aku tak sempurna, Tapi jangan kamu sakitkan jiwa
Asalkan nanti jadi orang berguna, Untuk agama, negara, bangsa
Sayangkan panji masih merdeka, Teguhkan hati menghirup udara
Janganlah sangsi papa kedana, Belum tentu lagi hidup si kaya
Jangan diramal rezeki manusia, Bukan kau kawal tapi Maha Kuasa
Terus beramal mencipta idea, Bukan metafora yang hiperbola
Asal berkarya bukan berpujangga, Tetapi demi dunia dan di sana.
Ku bersujud padamu, berdoa pada yang satu,Padamu aku mengadu, Allah yang satu,Mohon petunjuk darimu, berderai air mataku,Ku ingin dekat denganmu. Ya Allah x2, ampunilah dosa dosaku yang lalu,Ya Allah x2, Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
---
Yeah! Bersabar sebab kalau bukan hari ini mungkin esok :)
#sabar