GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Nampaknya Buasir Otak telah menjalankan GA mereka pada tahun 2014.
Klik kain rentang untuk turut serta:


Kali ini aku rasa aku nak kongsi sekali lagi fasal kawan. Ya aku tahu memang akan wujud kawan baik. Tapi tahukah anda sesungguhnya yang tak baik pun ada dan lagi banyak. Contohnya, berkawan sejak sekolah kemudian dah habis sekolah dia ajak tengok wayang tetapi sengaja cakap kosong sekali dia cakap tunggu esok dan akhirnya haremmm tiada khabar berita. Haha itu kira biasa. Belum kawan yang suka main tikam belakang depan cakap lain belakang cakap lain. Jadi aku ciptalah lagu ini:

---


Agak-agaklah sebelum nak mengagak, Panggil aku gagak obes tidak kacak
Aku penyibuk aku buat semak, Bila kau yang berbunyi mesti kata lantak
Aku belum pekak bila jerit waktu borak, Kau yang berlagak tuduh orang lain batak
Kau bajet balak semua gadis engkau lepak, Nampak mak bapak sorok takut ditembak
Siapa yang kisah kalau kau kena sepak, Siapa yang kisah kalau kau kena sepak
Hidup orang lain kau sibuk mahu corak, Hidup kau sendiri macam kain koyak rabak
Alasan kau banyak disuruh kerja asyik tolak, Tapi semua kau nak kena puji kena sorak
Main tikam belakang kawan sendiri kau lanyak, Bila dah kantoi lari-lari mahu elak
Manusia akan angkat orang yang hidup enak, Tak tahu perut orang lain dah naik senak
Biar dia saja senang orang lain tidak, Semua benda dia sapu kata mudah sifat tamak

Kalau ikut hati mahu saja aku lunyai, Aku sedia tangan kaki siap untuk bantai
Jumpa perangai sakai hebah tengok hentai, Apa tak rasa malu letak muka atas lantai
Aku malas cakap kasar jadi ku berlembut, Malang kau belum sedar masih lagi ribut
Sebelum tersasar kau jadi tali barut, Waktu tu baru kabut hidup kau jadi kusut
Beringat kawan-kawan bukannya jadi lawan, Saja nak berlawan konon naik sawan
Baik jaga mulut sebelum binasa badan , Ditimpa kecederaan mahupun kemalangan
Sementara masih baik jagalah rakan-rakan, Janganlah prejudis amalkan kesamaan
Tambahkan kekuatan dengan kekitaan, Buang iri hati itu raja kejahatan
Kalau sakit hati saling menasihatkan, Bukan cakap terang kemudian buat bahan
Kawan sakit hati walau dia mendiamkan, Silap-silap kau keseorangan

Nah kan dah terlajak kata, Untuk kali kedua kau berpura-pura
Konon-konon alim tapi bermuka-muka, Itu namanya zalim pencetus rasa duka
Masih lagi mahu lihat orang lain duka lara, Suasana jadi hangat kau konon terpinga-pinga
Kau memang berbakat memporak-peranda, Pernah tak tengok kubur ataupun keranda
Waktu tu tiada undur bila ajal menjelma, Terlambat nak insaf tunggu melihat dosa
Lebih baik sekarang berubah jadi hamba, Hamba pada tuhan yang maha berkuasa
Nilaikan semula sifat yang engkau ada, Tukar sikit-sikit asalkan tak membuta
Terus terlena dengan mainan mayapada.
Kau.
Ayop!

---

Aku tak tahu nak panggil ini artikel atau apa. Sebab aku menggabungkan kata-kata dan idea aku berlagu. Jadi aku harap kalau anda tak sudi dengar aku merepek berlatar belakangkan rentak boleh sahaja baca artikel atau telah menjadi lirik. Entri asal dari sini. Kalau rasa nak lagi lagu merepek klik sini.

Cuti-Cuti 1 Malaysia :)
avatar
Amir Khalis person
avatar
Amir Khalis person

terima kasih dan good luck juga :D

delete 24 March 2014 at 18:38
avatar

Goodluck. dari segmen yang sama. Jemput baca

http://sayasyiera.blogspot.com/2014/03/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

delete 24 March 2014 at 20:28
avatar
Amir Khalis person

good luck juga :D

delete 24 March 2014 at 22:01
avatar
Amir Khalis person

terima kasih dan good luck juga :D

delete 28 March 2014 at 08:43
avatar

liriknya osem. ada teguran sinis dan pengajaran. terbaik.

masalahnya skang ni aku nak baca artikel lain pun dah terikut2 rentak lagu tu. haha. adoi

dari segmen yg sama:
http://ilusi-fantasidunia.blogspot.com/2014/03/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

delete 29 March 2014 at 21:23
avatar
Amir Khalis person

haha terima kasih semoga jadi iktibar dan manalah tahu jadi lukisan Keri Ikhwan :D

delete 30 March 2014 at 11:51
avatar

paling tak boleh blah, time nak pinjam duit, dia punye baiknya.. macam kawan baik kamcheng berpuluh tahun takkan terpisah. tapi bila tang nak bayar balik, haram jejak pun tak nampak.. haru dapat kawan macam ni. hehehe

saya pun join, meh la baca artikel saya pulak
http://masyghulonline.blogspot.com/2014/02/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

-admin-

delete 31 March 2014 at 09:30
avatar

oppsss lupa nak kabor. good luck!

-admin-

delete 31 March 2014 at 09:32
avatar
Amir Khalis person

hahaha biasalah tu. susah sekarang nak cari kawan yang betul kawan :)

delete 31 March 2014 at 14:09
avatar
Amir Khalis person

good luck juga :D

delete 31 March 2014 at 14:11
avatar

Wahhhh hebat! Best siot. Haha good luck! Memang awesome :D
http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/03/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

delete 12 April 2014 at 13:48
avatar
Amir Khalis person
avatar

Assalam..
singgah sini dr rumah tuan penganjur contest..:)
http://husnazahidi.blogspot.com/2014/04/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html
goodluck!!

hebat!! pndai susun kata..
tp jgn pulak pndai mengayat..:p

p/s-kwn ditolak tepi gara2 sang kekasih, itu paling dibenci..

delete 15 April 2014 at 15:30
avatar
Amir Khalis person

waalaikummussalam
terima kasih sudi singgah sini :D
p/s: sabar kumbang bukan seekor

delete 16 April 2014 at 08:08
avatar

Tahniah! Anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan Buasir Otak. Mohon emel kepada saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah.

delete 19 April 2014 at 23:15
avatar
Amir Khalis person

terima kasih bro pilih artikel saya yang tak seberapa ni :D

delete 19 April 2014 at 23:25



sentiment_satisfied Emoticon