kenapa mesti wujud kawan makan kawan?

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Dah lama aku tak merepek melalui rap. Jadi entri hari ini akan aku ceritakan melalui lagu.Yuna kata setiap gambar ada lagu dan kalau aku kata setiap lagu ada cerita.

Sila tekan butang 'play' warna oren itu untuk mainkan lagu.

---




Agak-agaklah sebelum nak mengagak, Panggil aku gagak obes tidak kacak
Aku penyibuk aku buat semak, Bila kau yang berbunyi mesti kata lantak
Aku belum pekak bila jerit waktu borak, Kau yang berlagak tuduh orang lain batak
Kau bajet balak semua gadis engkau lepak, Nampak mak bapak sorok takut ditembak
Siapa yang kisah kalau kau kena sepak, Siapa yang kisah kalau kau kena sepak
Hidup orang lain kau sibuk mahu corak, Hidup kau sendiri macam kain koyak rabak
Alasan kau banyak disuruh kerja asyik tolak, Tapi semua kau nak kena puji kena sorak
Main tikam belakang kawan sendiri kau lanyak, Bila dah kantoi lari-lari mahu elak
Manusia akan angkat orang yang hidup enak, Tak tahu perut orang lain dah naik senak
Biar dia saja senang orang lain tidak, Semua benda dia sapu kata mudah sifat tamak

Kalau ikut hati mahu saja aku lunyai, Aku sedia tangan kaki siap untuk bantai
Jumpa perangai sakai hebah tengok hentai, Apa tak rasa malu letak muka atas lantai
Aku malas cakap kasar jadi ku berlembut, Malang kau belum sedar masih lagi ribut
Sebelum tersasar kau jadi tali barut, Waktu tu baru kabut hidup kau jadi kusut
Beringat kawan-kawan bukannya jadi lawan, Saja nak berlawan konon naik sawan
Baik jaga mulut sebelum binasa badan , Ditimpa kecederaan mahupun kemalangan
Sementara masih baik jagalah rakan-rakan, Janganlah prejudis amalkan kesamaan
Tambahkan kekuatan dengan kekitaan, Buang iri hati itu raja kejahatan
Kalau sakit hati saling menasihatkan, Bukan cakap terang kemudian buat bahan
Kawan sakit hati walau dia mendiamkan, Silap-silap kau keseorangan

Nah kan dah terlajak kata, Untuk kali kedua kau berpura-pura
Konon-konon alim tapi bermuka-muka, Itu namanya zalim pencetus rasa duka
Masih lagi mahu lihat orang lain duka lara, Suasana jadi hangat kau konon terpinga-pinga
Kau memang berbakat memporak-peranda, Pernah tak tengok kubur ataupun keranda
Waktu tu tiada undur bila ajal menjelma, Terlambat nak insaf tunggu melihat dosa
Lebih baik sekarang berubah jadi hamba, Hamba pada tuhan yang maha berkuasa
Nilaikan semula sifat yang engkau ada, Tukar sikit-sikit asalkan tak membuta
Terus terlena dengan mainan mayapada.
Kau.
Ayop!

---

Dapat pengajaran, tauladan dan konklusi? Perkara sebegini memang banyak terjadi. Almaklumlah manusia ada pro dan kontra. Jadi pilihlah kawan yang tidak mementingkan paras rupa, harta dan kejayaan kita :)

Terima kasih kepada yang komen di Twitter.


Teringin nyanyi ada gitar 
avatar

pehpeh ayop ! nice job and penuh pengajaran !
tediaaa retisss SAMURA =D

delete 2 March 2014 at 17:28
avatar

Best! Mmg byk benda bole ambik iktibar :)

delete 2 March 2014 at 17:30
avatar

setuju dgn komen tu.. mcm pantun dalam rap terlalu byk ak.

not bad n keep it up. :)

delete 2 March 2014 at 17:37
avatar
Amir Khalis person

haha thanks hazy btw retiss tu spoiler hahaha aku tahu dia takkan nampak sini :D

delete 2 March 2014 at 18:04
avatar
Amir Khalis person

Terima kasih. Semoga jadi panduan hidup kita semua :)

delete 2 March 2014 at 18:05
avatar
Amir Khalis person

terima kasih. rap perlukan rima akhir yang sama. mungkin terlalu banyak jadi mual. :D

delete 2 March 2014 at 18:07
avatar

aicehh..ade bakat rap..tahniah2..

klo ckp bab kawan ke mmg panjang ceritanye..

delete 2 March 2014 at 18:17
avatar
Amir Khalis person

hahaha
banyak lagi sebenarnya hahaha :D

delete 2 March 2014 at 18:24
avatar

terbaik.. ada mesej yang hendak disampaikan.. :D

delete 2 March 2014 at 21:41
avatar

Stylo nya . ahaha memang terbaik dann bait-bait lirik yang sangat mendalam yoo xD

delete 2 March 2014 at 23:30
avatar
Amir Khalis person

terima kasih dan semoga mesej tersebut menyerap dalam minda kalian :D

delete 2 March 2014 at 23:44
avatar
Amir Khalis person

terima kasih :)

delete 2 March 2014 at 23:49
avatar

Terer la hang wey !! haha tapi aku taktau kenapa aku takleh berhenti gelak sampai habis lagu nih xD

Best best ! ! ! pandai weh hang rekaa .. cayalaaaa

delete 3 March 2014 at 09:04
avatar
Amir Khalis person

pergghh hang gelakkan aku huhu :P

delete 3 March 2014 at 09:43



sentiment_satisfied Emoticon