Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
---
Pilu hatinya melihat awan nan biru
tersentuh mengelu mengeras kalbu
rupanya merobek hati sang penunggu
kornea jadikan langit kelabu.
Kembalilah! Kembalilah! Kembalilah!
Tangisan itu cecair hati yang mencair isi
isi yang menanti kepulangan penyambung diri
diri yang retak menahan sebak
tak mampu mengelak tak mampu memberontak
hanya mampu diam menunggu yang cetak
menunggu yang borak
supaya menyorak hari dicorak.
Ada pula si bangsat yang celarukan hari
menyebar taipan menipu pelangi
bukan warna-warni kebenaran rupanya
walaupun nama sahaja bunga!
Jangan cari populariti! Jangan cari kontroversi!
Nanti memakan dirimu
jadi hina
jadi pendusta.
---
Lama tak isi label sajak