Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Sedar tak sedar dah masuk bulan April hari ini. Dan nampaknya
GA PERTAMA AMIR KHALIS tinggal 11 hari lagi! Jom join dengan
klik sini. Tak perlu share atau printscreen sebab senang sahaja.
Baiklah kembali ke topik yang ingin aku diskusi.
Lawakkan? Kalau tak lawak takpe hahaha. Source extracted from Pak Cik Google. Sebenarnyalah kan, sebagai seorang Muslim boleh ke kita kenakan orang? Lebih-lebih lagi dengan niat April Fool. Baiklah, apa kata kalau kita semua baca satu kisah yang aku kopipastakan dari muka buku. Leggo:
Hari ini 1 april..Umat Islam kena tahu sejarah APRIL FOOL.
Pada abad ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah.
Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.
Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.
TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa.
Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.
Jangan sambut APRIL FOOL sebagai tanda menghormati umat Islam yang telah dibunuh itu.
Bagaimana? Nak Bang Bang Boom orang? Lu Kena Bro? Aku rasa setakat nak bergurau atau menyakat biasa-biasa tidak mengapa. Sebab aku ambil petikan terakhirnya "...Jangan sambut APRIL FOOL sebagai tanda menghormati umat Islam yang telah dibunuh itu.". Jadi aku harap tak perlulah kita sebagai umat Islam menyambutnya. Sebagai orang timur pula takkanlah kita nak tiru budaya barat yang menyesatkan lagi %^&*.
Klik sini untuk fatwa mengenainya.
Cukuplah kita meraikan perayaan Islam seperti Hari Raya Aidilfitri. Opppsss... Yang perempuan mesti sibuk nak siapkan 3-4 pasang baju hahaha. Bersederhanalah. Lelaki macam aku pun 1 je setahun.
sabar dilanda musibah