Wayang Dinding

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Bukan ini yang akan saya ceritakan.
Jadi sila skrol lagi ke bawah :P


Inilah filem pertama saya ketika menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang.
Saya ingat lagi ketika hari itu pelbagai perkara yang telah terjadi tapi biarlah menjadi ingatan di dalam sel neuron saya sahaja :P


Ok, sekarang ini saya rasa memang hiburan hujung minggu tidak kiralah orang tua, dewasa, remaja atau kanak-kanak lebih-lebih lagi kepada mereka yang duduk di kawasan yang memang dekat dengan panggung wayang.

Sejujurnya saya cuma pernah pergi menonton wayang cuma bersama kawan-kawan.
Pergi pun selalunya sebab kawan belanja ataupun rombongan keluar ataupun selepas pertandingan lagipun kawan-kawan Klang dulu memang hantu wayang.

Antara cerita yang saya dah tonton (beberapa):


Terakhir yang saya tonton dan ianya adalah 3D untuk pertama kali ialah


Yupp! Ianya adalah The Adventures of Tintin.


Filem Buried memang membuatkan jantung anda akan sentiasa berdegup kencang tapi bagi saya walaupun ianya agak membuatkan kita tidak bosan tapi saya berasa seperti membazir kerana seluruh cerita tersebut hanya berkisar di dalam keranda dan akhirnya pelakon dalam cerita tersebut mati.

Setiap perkara mesti ada pro dan kontranya. Jadi apa yang seronok bila kita menonton wayang ialah skrinnya yang memang besar dan sudah pastinya lebih jelas berbanding tv biasa dan kualiti bunyinya yang 'Dolby' memang hebat kadang-kadang rasa macam kita yang dalam cerita tu lagi-lagi kalau kita tonton versi 3D. Yang tak seronoknya tentunya duit kita. Tapi biasalah apa benda yang di dunia ini tak memerlukan duit?


Macam-macam gelagat kalau kita tengok wayang ala macam tengok tv juga.


Mesti hero hensem dan heroinnya comel.


Tak senang duduk kalau cerita aksi.


Cerita lawak yang menggelikan usus.

Tapi saya kurang suka kalau ada pasangan yang belum kahwin duduk belakang.........

Walau bagaimanapun, Malaysia belum ada yang macam ini:


Kalau wayang lebih baik filem selain Melayu.



sentiment_satisfied Emoticon