Assalamualaikum dan salam 1 sahabat :)
Ingatlah bahawa manusia itu punyai luaran dan dalaman.
Maka lihatlah kedua-duanya.
Kerana rupa kau tertusuk bisa yang pantas menghancur dalaman
dari luaran kau dibayangi susuk tubuh dan percakapan menawan
segenap keindahan yang kau idamkan kini dihadapkan
yang sembunyi dalam terangan kini kau abaikan
andainya perasaanmu dilepaskan
mungkin esok lusa tulat menyesal hingga akhir zaman
percayalah akan hakiki insan
naluri nurani pengajaran pedoman jadi panduan
usahlah diabaikan kata-kata pujangga yang memberi haluan
kini mencarilah kau tujuan
setelah melepaskan sengsara yang tidak akan berkekalan
teruskanlah pasti masih ada masa untuk kau ke pangkal jalan
sematkanlah kitab agama itu utama di samping hadis yang membawa kebenaran.
#lihatlah dalaman#