Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)
PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.
Itulah sedikit petikan dari Utusan Malaysia
Apakah?
Walau bagaimanapun,
Bantah pelajar bawa telefon
KUALA LUMPUR 18 Julai - Langkah membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dikhuatiri boleh menyebabkan tumpuan mereka terhadap pembelajaran di dalam kelas terganggu.
Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, selain tidak sesuai dilaksanakan kerana memberi kesan terhadap fokus pelajar, ia juga boleh mewujudkan jurang antara pelajar berkemampuan dan kurang berkemampuan.
''Perkara ini perlu dikaji kerana dikhuatiri ia akan menganggu fokus para pelajar ketika di dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kelmarin, berhubung kebenaran kepada pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan seperti yang digariskan menerusi Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012.
Tokoh pendidik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim turut mempunyai pandangan sama.
Menurut beliau, penggunaan peralatan itu di sekolah dilihat tidak memberi manfaat terhadap peningkatan mutu pembelajaran pelajar.
"Kerajaan perlu memperhalusi cadangan ini dengan sebaik-baiknya kerana bimbang kesannya terhadap institusi sekolah, hubungan antara guru dan pelajar serta masa depan negara," katanya.
Menurut Kay Kim, kerajaan juga harus mencorak sistem pendidikan mengikut acuan sendiri agar ia dapat membantu ke arah kemajuan dan kecemerlangan sistem pendidikan negara.
"Jika ingin melakukan perubahan, biarlah perubahan itu membawa lebih banyak kebaikan dan bukan atas kepentingan satu-satu pihak sahaja," katanya.
Seorang lagi tokoh pendidik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, kebenaran membawa alat telekomunikasi itu dibimbangi akan disalahgunakan oleh pelajar.
"Daripada aspek keselamatan, saya melihat ia memang wajar dibenarkan agar ibu bapa sentiasa boleh berhubung dengan anak-anak mereka.
"Tetapi dari sudut persekolahan, saya bimbang ia menjejaskan tumpuan pembelajaran, disalahgunakan, menambahkan beban guru untuk memantau sewaktu proses pembelajaran selain berlakunya kes-kes kecurian," katanya.
Dalam pada itu, Tokoh Guru Kebangsaan 2010, Awang Mohamad berkata, langkah tersebut tidak perlu dibuat dengan terburu-buru memandangkan suasana di dalam kelas tidak menuntut pelajar menggunakan peralatan canggih tersebut.
Artikel penuh oleh Utusan Malaysia.
Apakah?
Walaupun saya seorang pelajar sekolah, saya kurang bersetuju jika pihak kementerian bercadang untuk membenarkan pelajar Malaysia kita membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah.
Seperti biasa saya katakan setiap perkara pastinya mempunyai pro dan kontra.
Berikut adalah keburukan dan kebaikan dari Tehramuan:
KEBAIKAN:
-Ibu bapa senang menghubungi anak.
-Anak senang menghubungi ibu bapa.
KEBURUKAN:
-Salah guna telefon.
-Kes buli meningkat.
-Masalah kecurian telefon.
-Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
-Menambah beban tugas pengawas, guru disiplin dan pentadbir.
Dan saya agak setuju dengan pandangan beliau.
Jadi apa pandangan anda?
Porno berbahaya