Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Anugerah Juara Lagu Ke-27 Dengan Gabungan Seni Dan Muzik!
Walau bagaimanapun, saya tak boleh nak tengok. Huhu T_T
Sebenarnya saya mula meminati AJL sejak zaman Spider semasa kemenangannya dengan lagu Relaku Pujuk. Waktu itu sebelum dia menang memang saya agak minat dengan kumpulan ini sampaikan beli kaset sebab kereta ayah radio masih guna kaset, waktu tu!Dalam kereta memang tak dengar radio langsung! Ulang dan terus ulang kaset tu! Tapi apakan daya sebagai pelajar kita mestilah tidur awal. Maka saya tak dapatlah nak tengok persembahan Spider jadi dapat tengok ulangannya seminggu lepas tu pun jadilah.
Kemudian, saya ingat lagi ketika berada di asrama lama, ketika itu televisyen a.k.a tv untuk lelaki cuma ada dalam dewan jadi tak kisahlah orang nak main badminton ke apa sebab waktu tu adalah dalam 5-6 orang yang tengok sekali ramailah pula sampai 15-20 orang mungkin. Waktu masuk blok ialah 10.30 malam, tapi saya masih nak tengok, Nasib baik ada 2-3 orang senior yang memang agak baik dan mereka pun sama minat jadi apa lagi saya pun tanpa segan silu buat 'blur' sajalah. Namun apakan daya kemudian pihak pengurusan asrama suruh tidur. Tahun hadapannya saya dapat tengok juga, tapi kali ini lebih gempak sebab cuma saya dan dua lagi senior yang tengok di rumah salah seorang pengurus asrama. Memang seronok. Pukul 12.30 baru balik dorm. Senior yang sama macam tahun sebelumnya juga. Kemudian tahun hadapannya lagi saya cuma dengar daripada Hot fm saja itupun guna radio telefon, dengar ramai-ramai dengan junior.
Simpan kenangan baik-baik.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Baiklah tukar topik seterusnya iaitu:
SIAPAKAH AKAN MERANGKUL KEJUARAAN?
Saya rasa, saya rasa, saya rasa la kan, mungkin:
Idola oleh Azlan dan Mesin Taip.
Saya rasa lagu ini agak baik kerana lagu ini tribute kepada seniman kita, Allahyarham Sudirman.
Liriknya baik, muzik yang bagus dan vokal beliau jangan ceritalah kan.
Seterusnya ialah
Black dan RJ yang menggantikan Malique iaitu Teman Pengganti.
Lagu yang mendodoi jiwa, sedih dan meminta kita untuk berfikir tentang sebuah kehidupan.
Lagu ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang akan meninggalkan kehidupan.
Secara keseluruhannya lagu ini memang hebat!
Dengan penghayatan vokal oleh Black dan kepuitisan rap Malique menjadikan lagu ini terbaik.
Lagu-lagu lain pun tidak kurang hebatnya walaupun ada beberapa yang dipertikaikan oleh 'orang awam'.
Topik seterusnya:
Vokal Terbaik?
Bagi saya kemungkinan Black, Azlan dan Shila Amzah
Persembahan Terbaik?
Tunggu....T_T Tak dapat tengok!
Secara keseluruhannya saya rasa (saya rasa lagi!), Anugerah Juara Lagu memang perlu kerana ia mengangkat hasil usaha penggiat industri kita untuk terus bekarya dengan lebih baik, dan baik dan terus baik!
Sangat subjektif.