Padang bendang, tomoi, keracunan dan pengadil!

watch_later
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaya :)

Yupp!
Malaysia tewas kepada Thailand dengan agrigat 3-1.
Pastinya ramai yang tidak kisah kerana kita bermain seramai 10 orang sedangkan Thailand bermain seramai 12 orang. Kenapa 12?



Mempersembahkan pemain ke 12 Thailand iaitu pengadil perlawanan!

Secara tidak langsung dia telah menjadi terkenal di Malaysia seperti Gangnam Style.

Sila ingat muka 'blur' ini hahaha :P
Kenapa?
Sebenarnya melalui pemerhatian saya Fadhli Shas tidak sepatutnya dilayangkan kad kuning yang kedua kerana dia cuma menegur orang yang menyikunya.

Sepatutnya kad kuning itu dilayangkan kepada pemain Thailand yang menjatuhkan Norsahrul!
Pastinya hanya orang yang nampak akan mempersoalkannya.
Macam mana pengadil tak boleh nampak tentang hal tersebut dan tiba-tiba beralih kepada Fadhli Shas.
Pembantu pengadil yang berdekatan pula membiarkan sahaja perkara tersebut.

Dan sudah pastinya rentak dan corak Harimau Malaya sama sekali berubah ditambah pula dengan aksi-aksi Muay Thai yang menambah tekanan di samping padang yang menekan juga.

Mengenai pengadil perlawanan ada yang menyatakan tentang video ini:

Walau apa pun :)


Konklusinya,

Tindakan tetap tindakan,

#Maruah penting#



sentiment_satisfied Emoticon