Agenda Propaganda!

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Ummah :)


OH TIDAK!!!

Apakah itu Illuminati?
Illuminati (plural daripada Latin, Illuminatus tercerahkan) merupakan nama yang merujuk pada beberapa kumpulan, Pada awalnya, istilah itu merujuk secara khusus kepadaIlluminati Bavarian, sebuah pertubuhan rahsia era Pencerahan masyarakat yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776, Di zaman moden ini ia digunakan untuk merujuk kepada organisasi yang diiktiraf persekongkolan yang bertindak sebagai bayang-bayang "kuasa di balik takhta", dipercayai mengendalikan urusan dunia melalui kerajaan dan syarikat hari ini. biasanya sebagai inkarnasi moden atau kelanjutan dari Bavarian Illuminati. Dalam konteks ini, Illuminati sering digunakan dalam rujukan New World Order (NWO). Banyak teori konspirasi percaya, bahawa Illuminati adalah dalang peristiwa-peristiwa yang akan mendorong pada pembentukan New World Order.

Apakah itu Freemanson?
Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat).Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

sumber: Illuminati dan Freemason oleh Wikipedia

Lagi info: 



Pemimpin, penyanyi, penggiat industri semuanya dikaitkan dengan illuminati?

Secara konklusinya bagi saya telah terjawab dalam lagu ini.
Maka renung-renungkanlah.


Hello ku ucap sambil tangan ku melambai
Hati ingin pulang ke alam mimpi yang santai
Suasana sepi jauh panggang dari api
Realiti haru-biru malam hingga ke pagi
Haiti dilanda bencana satu dunia haru
Tapi artis hollywood hanya mampu buat lagu
Perang kat timur tengah takde orang bertindak
Nak jaga hubungan politik dengan semua pihak
Orang yang terang salah kau pandang sebelah mata
Setakat kaji illuminati kau buang masa
Jam pukul berapa? Jarum langsung tak gerak
Bukan setakat merompak orang sekarang culik budak
Kepala lembuk diarak …
Gereja dan masjid dibakar itu satu Malaysia?
Aku malas nak fikir dah pening kepala
Aku bukan menyindir tapi dunia yang gila
Kita pentingkan karier lupa nak hargai dunia
Dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
Bila tiba masanya kita menutup mata
Selamat malam der selama-lamanya

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Rentak hatimu susah sangat
Kau dah mula rimas dan muka kau penat
Jangan sampai kepala kau tersekat
Tiba lah masanya untuk berehat
Matikan lah enjin mu
Tutupkan lah tingkap mu
Tidurkan lah api mu
Sampai esok pagi baru menyala

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Apa nak jadi dengan manusia har ini?
Harapkan jaga dia bunuh rakan sendiri
Modus operandi Mona Fendi kembali
Takziah buat keluarga Dato’ Sosilawati
Orang mati sana sini nyawa dah tak berharga
Peragut tak kira mangsa perempuan mengandung warga tua
Kes rompak dan ragut semakin berleluasa
Remaja tak bersenjata ditembak di kepala
Hari baik bulan baik tapi ramai yang jadi jahat
Ramai nak hidip senang tanpa perlu susah penat
Banyak kematian dicatat semasa Ops sikap
Banyak bayi dibuang kerana si bapa silap
Ramai orang ditipu sebab nak cepat kaya
Muncul ramai Firaun baru dengan skim piramidnya
Ramai yang jadi Qarun bertuhankan harta
Orang berada masih menindas brader tak berdaya
Kita pentingkan karier lupa nak hargai dunia
Dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
Bila tiba masanya kita menutup mata
Selamat malam der selama-lamanya

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Ada faham?

Utusan blog ke-200.



sentiment_satisfied Emoticon