Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Berikut adalah di sebalik tadbir pembikinan klip muzik artis atas angin.
Mereka ialah Lil Wayne dan Eminem dalam lagunya Drop The World.
Nampak kesungguhan mereka menjayakan suatu klip video.
Dengan jalan cerita, pelakon yang ramai, prop yang baik, kesan visual yang memuaskan.
Lagunya juga agak baik. Chewahh, bajet komentar hebat pula!
Baiklah, video di bawah merupakan hasil di atas.
Nampak tak kesungguhan mereka?
Sebenarnya topik saya pada hari ini ialah kesungguhan.
Contoh kesungguhan, seorang remaja yang teringin menjadi seorang yang 'famous'.
Walaupun beliau dikritik dan diberi komen namun beliau masih bersemangat dan akan sentiasa ada yang ingin meneutralkan kepiluan beliau.
Walau bagaimanapun, kita kena faham akan maksud:
Kesungguhan tanpa mengenal erti
Kesungguhan tanpa batas
Kesungguhan mengikut keadaan
Ketiga-tiganya memerlukan kita untuk memahami apakah itu situasi, posisi dan keadaan semasa.
Baiklah sekarang kita lupakan kisah beliau kerana Prince of Noob sudah menerangkan yang baik mengenai beliau namun sekarang kita cuba reflekskan kembali atau pantulkan kembali perkataan kesungguhan yakni perihal sungguh kepada diri kita.
Adakah kita benar-benar bersungguh kepada diri kita?
Apakah kita bersungguh dalam mencapai kejayaan?
Adakah betul cara kita bersungguh dalam mencapai cita-cita?
Sejauh manakah kesungguhan kita itu berada di landasan yang betul?
Sejujurnya sekarang ini tepat ke muka saya adakah saya....
BENAR-BENAR BERSUNGGUH MENGHADAPI _ _ _?
Ohh SPM...