Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Semakin gentar
semakin takut
semakin kecut
semakin aneh dengan keadaan sekeliling sehingga memaksa kornea memandang sesuatu
sesuatu yang dipanggil kalendar yang berbaki beberapa hari
hari-hari yang menghampiri tahun baru dalam kategori masihi
sebuah permulaan akan berlaku
setiap yang pergi akan kembali
yang pergi akan kembali
yang pergi akan kembali
yang bercuti akan bekerja
yang berehat akan bertugas
yang mengelamun akan BERSEKOLAH
sekolah, sekolah, sekolah,
sentiasa bermain-main di jambatan penghubung neuron di dalam otak
menjejaki salur darah menghubung jari-jemari meminta sesuatu
kerja rumahku?
pakaianku?
buku-bukuku?
alat tulisku?
kelengkapanku?
niatku?
hatiku?
naluriku?
peluh mula membasahi dahi yang dipenuhi ketukan ke dinding
mustahil maslahat itu muslihat
ganjil, aneh, pelik
nafas ditarik sedalam mungkin membiarkan oksigen melalui peparu
tanda soal, soalan, menyoal
apakah?
itukah?
inikah?
permainan jiwa mula menambah teka-teki
apa lagi?
apa lagi?
apa lagi?
lepaskanlah diri ini
tolong!
tolong!
tolong!
bebaskanlah jasad ini
seperti merpati putih bebas berterbangan
namun akhirnya jatuh ditembak pemburu menjadi santapan
pemburu terlalu lapar
merpati putih mangsanya
demi santapan pemburu
pemburu yang kelaparan
kelaparan kerana tiada lagi makanan
diri inikah korban?
demi negarakah?
demi bangsakah?
demi agamakah?
ataupun diri ini diletakkan seperti harapan?
harapan kepada seluruh harapan yang meninggi
setinggi pencakar langit yang dibina demi kebanggaan kerana pencapaian
kebanggaan kebangsaan mungkin?
setelah satu per satu badai kekecewaan melanda
adakah akan datang juga suria menyinari dunia kelam?
akukah suria kepada diri sendiri
sesiapa sila beri jawapan?
tangan sendiri yang memegang jawapan mungkin?
sekali lagi buat kali ketiga dalam hidup ia kembali
pertama adalah lima
kedua adalah lapan
ketiga adalah sembilan
berjayakah ku memenuhi kesemuanya?
aku yakin dengan diri aku mampu
tepis camdik
tepis maki
tepis kutuk
tepis hina
biar mereka buka mata aku siapa
mereka hanya tahu harta bukan ilmu
mereka hanya tahu berkata bukan beritahu
sekali lagi aku akan buat mereka tertanya
siapa aku sebenarnya
anak siapa
biar aku jadi pembuka pintu kepada yang tersungkur
biarlah yang berdengkur terus bertutur
aku faham
mereka semua dibayangi palsu
palsu yang membasmi kebenaran
mencemuh keadaan
akan ku pastikan mereka terdiam
terdiam membisu
dengan pencapaianku
prestasiku
Ya Allah, dengan segala usaha dan doa aku mohon
mohon kau berikanlah kejayaan kepadaku
Ya Allah, jadikanlah aku orang yang sentiasa sabar dan tabah
demi mencapai cita-cita murni
demi agama
demi keluarga
demi bangsa
demi negara
demi semua harapan yang terbentang luas
demi semua kutukan yang bakal dibidas
mohon diberkati kehidupan ini
walau panjang sambungannya lagi
koma sebentar,
2013