Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)
1.1.2013 merupakan hari kemasukan pelajar Tingkatan 5 ke sekolah berasrama penuh.
OH TIDAK!
Saya akan merindui keluarga, rumah dan televisyen Panasonic keluaran 1994 :(
Tetapi saya akan menjadi senior yang memang langsung tiada senior di atas lagi sebab saya memang dah berada di Tingkatan 5!
Tiada lagi istilah buli!
Tapi kena ingat Tingkatan 5 adalah tahun terakhir sekolah di mana saya dan generasi 1996 lain akan diuji dengan satu peperiksaan yang boleh dianggap penentu hidup dan mati seseorang pelajar kerana ianya akan menentukan masa depan saya.
Jadi saya perlulah berusaha dengan merencana beberapa misi dan visi untuk menjadikannya realiti.
Otak perlu cerdas tak boleh tidur lewat malam lagi.
Jadi tidur kena cukup.
Fokus dan beri tumpuan dalam kelas semasa guru mengajar.
Siapkan semua kerja yang cikgu beri sampai muntah pun takpe.
Kurangkan aktiviti luar yang boleh mengganggu pelajaran *kecuali bahas.
Walaupun semuanya ada yang senang untuk dibuat ataupun ada yang susah.
Asalkan saya akan berjaya sesungguhnya saya anggap ini adalah jihad kerana ianya adalah demi Allah, agama, ibu bapa, keluarga, bangsa dan negara!
Bukan senang nak senang.
Dan bukan susah nak susah.
Yang penting janganlah kita meniru walau apa jua cara sekalipun.
Usaha + Restu + Doa = :)