Assalamualaikum dan salam 1 Malaya :)
Apakah itu mencapub?
Berikut adalah definisi saya sendiri terhadap perkataan 'CAPUB' itu sendiri.
Capub ialah singkatan bagi perkataan cari publisiti.
Ianya boleh ditujukan kepada manusia tidak mengira jantina, pangkat, kedudukan, harta dan sebagainya.
Mencapub ialah kata kerja bagi capub.
Kebiasaannya capub ditujukan kepada manusia yang suka mencari publisiti, menayang-nayangkan kelebihan mereka kepada orang lain tanpa batas dan berlebihan, menginginkan perhatian daripada orang awam, dan segala yang berkaitan dengan keinginan menonjolkan dirinya sendiri dihadapan orang untuk kelebihannya tanpa merasakan segan silu ataupun malu-malu kucing atau secara kasarnya mencari publisiti murahan.
Contoh mencapub:
Pada suatu hari, si A merupakan pelajar baru di sekolah barunya. Oleh kerana tiada sesiapa yang mengenalinya maka dia tanpa segan silunya menjerit di dalam dewan sekolah memperkenalkan dirinya. Kemudian, seisi dewan memandang terhadapnya dan mulalah tercari-cari siapakah si A tersebut dan akhirnya mereka semua mengenali si A dengan cara yang agak murahan.
Faham?
Itulah contoh mudah untuk anda fahami situasi mencapub ini. Namun, cuba bezakan dengan situasi di bawah:
Pada suatu hari, si Y merupakan pelajar baru di sekolah barunya. Oleh kerana tiada sesiapa yang mengenalinya maka dia cuba memberi salam kepada pelajar di sebelahnya dan cuba berkenalan sambil beramah mesra dengan penuh sopan santun saling bertukar kenalan dan secara langsung pelajar sebelah mengenali tentang dirinya dengan telus dan mulia.
Manakala, situasi di atas adalah sama sekali berbeza. Tetapi kadangkala orang YANG TAK MENCAPUB JUGA BOLEH DIANGGAP MENCAPUB apabila:
Si C: Eh, tengok si Y tu, tak malu ke memperkenalkan diri dekat orang lain?
Si B: Aah, ye lah. Dah la dia bajet hebat depan orang. Rambut nak lawa je bajet sangat dowh!
Si C: Yeah, dasar menCAPUB!
Nampak tak situasinya?
Si Y tiada kena mengena pun dengan Si C dan B.
Inilah mulut manusia dan hati manusia. Ada sahaja sikap dengki dan iri hati atas kelebihan orang lain.
Kadangkala, orang yang sepatutnya dihentam ialah Si C dan B kerana mereka memfitnah dan bersangka buruk sedangkan tidak berjumpa secara bertentangan. Dari jauh sudah memberikan tanggapan yang buruk terhadap orang lain.
Konklusinya, memang ada orang yang benar-benar mencapub dan ada juga MANGSA CAPUB.
Kepada yang mencapub silalah mencari publisiti dengan lebih mulia dan yang memangsakan seseorang mansa silalah berhenti dar dengki terhadap kejayaan, kelebihan, kesenangan dan kelenangan kehidupan orang lain yang lebih baik dari diri anda. Konklusinya, sedarlah diri :)
#Masih teringat#