Rap Melayu 2

watch_later
comment 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)


Nampaknya rap gaya bebas mula merangkak di Malaysia.
Memang 'sedikit' berbeza dengan ini:
Dengan ini sekali lagi saya nak cubalah rap.

---
20 jari dari jari tangan dan kaki
tapi dua jari jadi simbol untuk maki
apa nak jadi mana rasa jati diri
demi bangsa dan agama aku saling menghormati
bukan publisiti dan juga populariti yang ku cari
tapi demi yang hakiki serta realiti
aku cuba rap untuk tunjuk ku peduli
kepada manusia yang semakin lupa diri
bukan sahaja mereka tapi juga diri ini
aku benci maki benci juga orang perli
aku lagi benci orang puji kerna kelemahan diri kan tersembunyi
lalu lupa tuk diperbaiki
aku masih mentah ceburi segala bidang seni
tapi paling penting aku, dia, mereka pewaris generasi
jadi ku harapkan mari sama jangan berfantasi dan bermimpi
usaha, doa tawakal bersertakan naluri untuk tunjukkan mana destinasi.

---
Tak mencarut dalam laman sosial.



sentiment_satisfied Emoticon