GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran

watch_later
comment 2 Comments
Assalamualaikum dan salam keamanan gencatan senjata :)

Utusan saya kali ini ialah mengenai 'contest' dari Buasir Otak.
Misi utama saya bukannya nak dapatkan hadiah, tapi sebenarnya nak kongsi satu utusan yang memang saya gemari dalam Buasir Otak ini.


Utusan kegemaran saya ialah Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kedua :)

Kenapa saya menggemarinya?
Almaklumlah rumah saya tak pernah ada Astro, jadi cara paling terbaik ialah cuma menontonnya dalam utusan tersebut. Noob juga akan membahagi video tersebut kepada beberapa peserta maka tidaklah penat menunggu iklan dan sebagainya. Sebenarnya saya paling minat Jozan dan dialah peserta yang akan saya tonton dahulu.


Satu lagi Noob akan memberikan komentar-komentarnya bersama meter gelak yang dia telah sediakan.
Perkara ini bagus kerana kami selaku pembaca mahu melihat kadar kelawakan sesuatu video bersama komentarnya lagi-lagi kalau tak dapat tonton video sebab sambungan internet menyerupai kelajuan siput.

Kepada sesiapa yang tak tahu Maharaja Lawak Mega 2012 jom kita layan :)


#Lawak perlu berbatas#



sentiment_satisfied Emoticon