Superhero: Usia Muda dan Dewasa Kita

watch_later
Waktu usia muda dulu, dalam 4-5 tahun,
kita suka tonton cerita yang mempunyai watak-watak superhero macam Power Rangers, Kamen Rider, Batman, Spiderman, dan sebagainya.
Lepas tu, sibuk nak cop yang itu dan yang ini.
 Sampai ajak mak ayah pergi beli mainan yang berkaitan superhero kita suka. 
Kalau saya suka sangat dengan Megazord (gabungan zord dalam Power Rangers).
Itu pun bila keputusan periksa baik.

Walau bagaimanapun,
ada juga manusia yang masih meminati karakter-karakter superhero sehinggalah mereka tua.
Sampaikan ada sesetengah daripada mereka jahit cosplay sendiri.

Lagi hebat sanggup buat pembedahan plastik.

Sebenarnya kalau direnung semula tentang sifat kita ini,
apa faedah yang boleh kita dapat?

Beli mainan bukan pakai air liur, duit semua tu.
Tapi ada juga yang pandai,
beli hari ini, simpan kemudian jual dikemudian hari bila harga tinggi melambung.
Mungkin kepuasan, hobi dan sekadar mengisi masa lapang juga menjadi sebab.

Yang masih menggunakan duit ibu bapa:
Kalau difikir-fikirkan semula, duit yang kita guna untuk membeli mainan-mainan, kostum dan segala bagai bukankah seperti membazirkan duit mereka. Lebih baik kalau kita guna duit itu sebagai perbelanjaan harian dan pendidikan kerana kita sedia maklum kos sara hidup di mana-mana pun semakin meningkat.
Duit minyak, bil api, bil air, bulanan kereta belum termasuk hutang-hutang tertunggak.

Yang menggunakan duit sendiri:
Terserah kemampuan anda tapi jangan sampai minat anda membebankan diri.

Konklusinya, minat manusia ini memang tidak boleh dipertikaikan.
 Namun, bagi yang memang duitnya berguni-guni cubalah gunakan duit tu sebaiknya.

#Golongan sederhana bawah#



sentiment_satisfied Emoticon