Assalamualaikum dan salam hormat-menghormati :)
Ya, itulah serba sedikit mengenai senioriti!
Pendapat saya senioriti ini ialah penghormatan junior terhadap senior.
Senioriti ini kebiasaannya terjadi atas faktor umur, pengalaman dan sebagainya.
Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kiralah sekolah atau tempat kerja.
Tapi hari ini kita bercerita tentang senioriti di sekolah.
JUNIOR
Mula-mula masuk asrama memang paling penting mendengar arahan demi disiplin diri.
Untuk mendengar arahan pastinya menghormati orang yang lebih berpengalaman contohnya senior sebab dia yang lebih arif dengan hal-hal asrama. Senior akan menunjukkan segala perkara yang perlu dibuat dan yang tidak boleh dibuat. Kebiasaannya dalam hal ini mereka akan menyuruh kita membuat benda yang baik dan jangan pernah mengikut perilaku buruk mereka. Seterusnya, kita sebagai orang baru tidak boleh mengingkari segala arahan mereka sampai kadangkala arahan seorang senior seperti lebih tinggi berbanding seorang guru. Jika kita mengikut telunjuk dan arahan mereka pastinya menjadi junior kesayangan mereka ataupun hamba atau barua sepenuh masa. Dan kalau kita mengingkari kita akan ditegur dengan cara baik ataupun terus diberikan hukuman yang dianggapnya setimpal ataupun mengikut adat sesuatu asrama.
Itulah serba sedikit mengenai kehidupan seorang junior.
Ketika kita dihukum, diseksa, didera (hehehe ayat lebih) kita akan menyumpah seranah seseorang senior.
Tak boleh buat itu, buat ini, disuruh lagi dengan pelbagai benda yang teruk.
Namun apabila kita yang akan menggantikan tempat senior......
Kebanyakkannya akan tetap meneruskan adat resam dan ada sesetengahnya tidak.
APA ITU ADAT?
Contoh adat KLIK SINI.
Banyak lagi sebenarnya tapi tak berani nak tulis dekat sini.
Tapi tak semua asrama ada adat lebih-lebih lagi mengenai lesen.
APA ITU LESEN?
Kebenaran senior untuk buat sesuatu perkara yang junior tak boleh buat dan terdapat beberapa perkara perlu dilakukan untuk mendapat lesen.
REAKSI SEORANG JUNIOR?
Cukuplah sampai di sini.
#Karma#