UPSR 2012: 19 November 2012

watch_later
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Semakan keputusan UPSR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online.


Gementar seperti sedang dikejar pesawat yang dipenuhi roket pembedil,


gemuruh seperti akan dilanggar sehingga lenyek oleh lori kontena,


jantung berdegup kencang seperti akan meletup sekuat bom tangan,


hidup tidak tentu hala ke sana ke mari seakan kehilangan gadget kesayangan,


bumi seakan bergegar beribu skala richter,


pelbagai perasaan yang boleh memberikan impak terhadap mental dan fizikal,

sabar, tenang, chill, relax,

walau apa pun yang berlaku, 

walau apa jua yang terjadi,

terimalah dengan seadanya,

andai cemerlang jangan terlalu gembira,

andai terlalu rendah tak seperti yang diharapkan janganlah terlalu bersedih,

terimalah dengan penuh rasa syukur kepada tuhan :)


Di bawah adalah cara untuk menyemak keputusan :

Semak Keputusan UPSR Secara Online
Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
Semakan Keputusan UPSR 2012 Keputusan UPSR 2012 Secara Online @ SMS 19 November 2012!!
  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
 (sumber Berita Semasa)

Selamat maju jaya kepada semua:)

#Tahun ini seorang UPSR seorang PMR adik saya#



sentiment_satisfied Emoticon