Makan Durian di Samura

watch_later
Assalamualaikum dan salam keamanan:)

Dalam utusan kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua satu rakaman di Samura.


Sebenarnya rakaman ini diambil semasa makan durian beramai-ramai di Samura.
Semua aspura dan aspuri makan dekat gelanggang tenis.
Durian dibahagikan mengikut dorm-dorm.

Kalau perasan saya ada dalam rakaman tersebut yang berbadan gempal dan berbaju hitam.
Alhamdulillah sangat saya sangat kenyang sebab dorm saya ramai yang tak makan durian :)
Terpulanglah siapa yang tak makan durian tetapi ingatlah bahawasanya anda merupakan warganegara Malaysia yang lahir di sini dan masih berpijak di sini.
Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada kehendak masing-masing.

Di Samura, bukan sahaja durian bahkan ada juga hari di mana diberikan:

- Setiap kelas diberikan 3kg rambutan

- Setiap pelajar diberi dua ketul ayam goreng.

Itu belum termasuk jamuan dan pemberian cikgu lain.
Contohnya, kelas saya 4 Azam dapat buah segar yang dipetik sendiri dari dusun :)

Yang Batch 29 pula dapat KFC.

Lagi gempak!
Generasi Penebus Maruah la katakan.

Apapun yang penting sebagai pelajar saya menghargai segala pemberian pengetua dan guru-guru di Samura.
Oleh itu, saya mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan SPM 2013.
Moga-moga 9A+. Amin.

#Syukur nikmat#



sentiment_satisfied Emoticon