سْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ ا
لْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
آمين يا رابال الامن
Selamat Tahun Baru 1434H :)
kepada umat-umat Islam sekalian.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
(sumber Wikipedia)
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan kehidupan, kemudahan, kesenangan dan pelbagai lagi nikmat yang diberikan olehnya.
Paling bersyukur lagi adalah kita masih lagi menjadi umat Islamnya.
Kita tak perlukan bunga api, nyanyian, dan sambutan yang terlalu megah untuk menyambut tahun baru ini.
Cukuplah sekadar dengan doa dan azam dan iltizam yang baru.
Aturkanlah sepuluh daktil anda untuk membatalkan yang batil.
Bagi saya sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun sudah semestinya akan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan pada tahun hadapan.Doakan saya ya, terima kasih :) Bukan itu sahaja, saya berharap saya juga akan menjadi anak yang soleh yang tidak akan melawan cakap ibu dan bapa yang tercinta kerana masa inilah untuk kita menyedari segala kesilapan dan segala kekhilafan yang telah kita lakukan. Sesungguhnya jauh lagi perjalanan saya dalam kehidupan ini. Walau bagaimanapun, kita tidak tahu bila ajal kita akan mendatang.
Kemungkinannya terlalu tinggi kerana hanya Allah SWT yang tahu akan segala-galanya.
Tak semua manusia sempurna.
Marilah kita bersama-sama kita memperbetulkan semula segala kejanggalan dan kebodohan diri ini.
Tak perlulah untuk saya memberitahu apa kesilapan kita kerana hanya diri ini sahaja yang mengetahuinya.
Oleh itu, janganlah kita asyik menunding jari kesalahan orang lain.
Cermin diri melalui mata hati, naluri dan jiwa. Jangan pula dengan mata kasar hanya mengira berapa jerawat yang tumbuh. Kehkehkeh :)
Sempena tahun baru ini ingatlah kembali Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara.
Baiklah mari kita bersama-sama mengingati semula.
Rukun Iman
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya kepada Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar.
Rukun Islam
1. Mengucapkan dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardhu lima kali sehari
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat
5. Mengerjakan haji di Mekah jika berkemampuan
Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
Itulah antara rukun paling asas kita sebagai warganegara Malaysia tidak kiralah warna biru atau merah.
Sebenarnya kita memang perlu patuh akan rukun-rukun tersebut kerana kita sebagai manusia perlulah ada aturannya sedangkan penciptaan kita apabila lahir ke dunia pun penuh dengan aturan.
Banyak lagi rukun lain seperti rukun sekolah, rukun bekerja dan sebagainya bergantung seseorang.
Bila dah tahu rukun-rukun tersebut barulah kita boleh buat misi dan visi dalam hidup.
Hidup perlulah bermatlamat barulah berjaya. Janganlah menjadi seperti Mat Jenin hanya tahu berangan-angan tetapi tidak tahu untuk merealitikannya!
#Diri dan semua#