Betul ke?
Assalamualaikum dan salam nyanyian damai :)
Sesetengah daripada pelajar yang duduk di asrama akan berperangai berbeza berbanding duduk di rumah.
Ada yang positif, ada juga negatif.
Lumrah dunia.
Perkara yang sering dibincangkan oleh ibu bapa pastinya,
"Balik rumah je tidur seharian"
"Makin malas!"
"Pandai menjawab!"
Sedangkan di sekolah perkara sama dibincangkan oleh para guru,
"Dalam kelas tidur memanjang!"
"Kerja tak siap!"
"Banyak alasan!"
Kenapa para pelajar yang duduk di asrama sebegini rupa?
Adakah kerana tekanan?
Terlalu banyak aktiviti di asramakah?
Pengaruh rakan sebaya?
Tidur yang tidak cukup?
Yang sering berlaku kepada mereka apabila balik di rumah lagi ialah sukanya untuk
berFacebook
berTwitter
berSkype
berBlogging
berInstagram
Sedar tak sedar bangun sahaja, tengah hari pula, terus 'online'.
Kalau bangun pun dah tengahari memang seterusnya cuma makan sajalah kan.
Kemudian online semula.
Petang main bola.
Balik online.
Tidur.
Mula semula rutin.
Ibu bapa mana yang tidak marah jika kita sebegitu?
Renung-renungkanlah :)
#Kita itu saya#