"awak budak sains tulen kenapa pilih course ini?"

watch_later

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

"You're science stream student but why you choose this course?"

ps: Amaran ini adalah entri terpanjang yang pernah aku buat.

---

Aku bangun seawal mungkin tanpa sebarang jam loceng atau kejutan daripada sesiapa menunjukkan betapa semangatnya aku nak pergi temuduga hari itu. Aku tahu temuduga aku taklah sehebat macam temuduga pelajar lain yang telah memakai jubah dan naik pentas kemudian mahu dapatkan asasi, biasiswa dan keluar negara. Cukuplah walaupun aku ditemuduga untuk diploma tapi aku tahu pastinya ianya sengit kerana kenapa perlu dibuat temuduga walhal diploma lain tiada pun? Jadi malam sebelumnya aku dah persiapkan segala sijil, gosok baju, kilatkan kasut. Soal aku tak hensem memang dah tentu tapi kena kemas dehhh. Beberapa hari sebelum itu aku dah persiapkan mental dengan membaca beberapa blog yang menceritakan serba sedikit bagaimana temuduga itu akan dijalankan. Yup, apa yang aku baca dari blog si penemuduga akan tanya macam-macam tapi.....

 

"Banyaknya kereta menghala ke kanan", bisik aku dalam hati sambil mata aku perasan setiap kereta ada penumpang yang berpakaian segak dan comel perempuanlah tu hahaha. Ini semua yang seangkatan dengan aku lah ni. Bla bla bla bla sampai dalam ada penunjuk arah untuk temuduga komunikasi dan multimedia, temuduga seni bina dan lain-lain. "Ouh, fakultinya di atas bukit", kata hati aku yang bercampur baur perasaan agak kagum dengan pelbagai bangunan yang berdiri megah menempatkan pelajar demi kemaslahatan negara.

 

Sampai sahaja terus beratur. Gulp, ramai juga orang di sini. Selesai daftar terus ke tingkat 3. Sebelum itu senyum dahulu dan buat muka comel pada ibu bapa supaya mereka tak susah hati sangat. Sampai dalam satu bilik terus duduk di belakang sekali dengan beberapa budak lelaki. Hurmm, ramainya perempuan. Tiba-tiba dapat kertas dan terus mula. Budak sebelah kiri aku skema betul hahaha dengan macam-macam pen dan pensel siap set masa letak jam atas meja tapi budak sebelah kanan rileks dan steady macam aku dengan sebatang pen serta sekotak mentos. Ish baik betul bro sebelah aku ni. Yang tak boleh blah bila akak tu suruh mula tulis essay in english dia pun keluar dari bilik. Apa lagi ada seorang budak lelaki yang macam huhahuha tu tanya dengan member sebelah-menyebelah kalau-kalau boleh tiru. Hahaha almaklumlah ada tiga soalan yang agak fakta kemudian kena tulis dalam English pula. Sesudahnya aku perasan yang sebelah kanan masing-masing pakat tanya Pak Cik Google , budak skema ni pula rujuk kamus (memang disuruh bawa kamus) dan aku tibai aka lenjan jelah apa yang ada dalam kepala. Nak tulis essay tu tak macam masa yang ditetapkan pun sebab masing-masing macam nak cepat je hahaha.

Selepas selesai semua itu aku pun keluar untuk ke bilik lain yang telah ditentukan. Panel 7 nombor 14. Mula-mula masuk bilik tersebut sebelum kami ditemuduga semua muka macam serius sahaja. Tapi bila seorang dah dah buka mulut.... agak riuh juga bilik itu. Dan tanpa aku sangaka aku bertemu kembali dengan member bahas asrama lama, Ain. Hahaha aku memang suka bahan dia lagipun dia dengan pakai baju kurung, berkasut sneakers dengan rambut menggerbang macam malas nak sikat rambut hahaha lagi pula dia cakap dia tak minat pun masuk diploma tu tapi nak buat macam mana hanya itu yang dapat dari upu. Jadi taklah aku bosan sangat sebab boleh sembang dengan Ain lagipun dah dekat 3 tahun tak jumpa. Walau bagaimanapun, aku ada sembang juga dengan budak lelaki sebelah aku. Nama dia Amirul. Dan tanpa disangka nombor gilirannya ialah 13 jadi kami akan ditemuduga bersama. Nasib yang baik! Kami pun bincanglah apa soalan yang akan diajukan nanti. Kemudian, kami pun dipanggillah keluar. Tinggallah Ain keseorangan.

 

Beri sijil dan kami berdua pun duduk. Penemuduga kami ada dua orang. Sesi temuduga dalam Bahasa Inggeris. Mula-mula orang yang ditanya adalah Amirul. Ish Amirul dulu. Dia pun tanyalah nama apa, tempat dia tiada air dan sebagainya bla bla bla. Akhirnya, dia pun baca nama aku Mohamad Amir Khalis. 3 perkataan jadi yang mana harus dia panggil aku. Aku pun jawab boleh panggil aku dengan Ayop atau Kades. Hahaha aku tambah lagi nama aku. Kemudian dia tanya kenapa panggil nama tu dan kenapa aku minta course tu sedangkan aku budak sains tulen. Dan...... itu sahaja yang ditanya adakah kami minat atau tidak. Lol!!!! Aku harap dia tanya banyak dan suruh tunjuk bakat ke apa huhuhu sebab apa yang aku baca dalam blog orang lain macam-macam ditanya dan disuruh. Dia juga ada terangkan bahawa tahun ini terlalu ramai yang minta jadi dia akan hanya tapis berdasarkan adakah kita minat atau tidak.Berkali juga dia tanya aku adakah aku minat, ke sebab tiada pilihan, sekolah sains dulu makbapak yang paksa ke haha dan jawapan aku mudah "... actually my mom and dad didn't care what i choose for my life and i went to science boarding school to get more facts" aku tak tahulah apa aku cakap tu betul ke tidak huhuhuhu sebab otak aku pun tiba-tiba blank waktu itu. Tapi aku masih tak puas hati kenapa dia tak banyak tanya pada aku.

 

Urghh.. tak seperti apa yang aku baca. Aku masuk balik bilik menunggu tadi dan adalah minah-minah freehair yang macam hot aku tak tahulah samada mereka pelajar situ atau sama umur dengan aku hahaha tapi aku cakap aku jawab "Yes,No,All right,Okay". Mereka pun ketawa dengan menunggu jawapan sebenar aku maka aku terus berlalu tanpa memandang mereka kembali sebab aku pergi temuduga bawa beg adik aku yang warna pink dengan corak love-love hahaha nak buat macamana itu je beg yang hado.

Turun bawah dengan tak sarapan dari pagi dan baru habis dekat pukul 12 yang agak kelaparan aku pun bersantap nasi lemak sambal sotong yang mak aku beli.

Dapat tak dapat belakang cerita tapi ini memang first choice aku dan aku memang minat sangat.

---

nasib baik tiada ujian bleep ngehngehngeh
avatar

temuduga tesl eh??

delete 21 April 2014 at 18:45
avatar
Amir Khalis person

hehe bukan tesl :)

delete 21 April 2014 at 19:00
avatar

itu je dia tnyaa? hehe.. untung arhh tak yah harungi ujian bleep -.-''

delete 21 April 2014 at 19:01
avatar
Amir Khalis person

hehe ini dia pentingkan penulisan dan berinteraksi :)

delete 21 April 2014 at 19:24
avatar

ayop ! interview kau sama je dengan aku. punyalah datang awal pagi. penat-ii tunggu 4 jam, dapatlah jugak masuk pukul 12. then, dia tanya aku dua soalan je ? pffffttttttt... kejam gila kot. interview aku macam tak lebih sepuluh minit pun.. sobs.
btw ayop, all the besttttt !

delete 21 April 2014 at 20:08
avatar
Amir Khalis person

hazy ! hahaha menyirap je kan tunggu kemain lama pastu masuk tanya benda simple.
macam sama je nasib hahaha tapi kau interview bebudak power je...
all the best juga hazy!!!!! :D

delete 21 April 2014 at 20:47
avatar

tertanya-tanya apa course tu -_-

delete 21 April 2014 at 21:02
avatar
Amir Khalis person

hehe ada tulis dalam tu kalau baca penuh teliti. sengaja tak nak bagitahu :P

delete 21 April 2014 at 21:14
avatar

Aritu my sister pun ada interview gak. Tesl. Wondering la course apa dia amik nih. Haha

delete 21 April 2014 at 22:16
avatar
Amir Khalis person

ouh your sister pun baru habis spm hahaha tesl tu untuk budak pintar je saya sengaja tak nak tulis haha kalau dah dapat baru bongkar ye :)

delete 21 April 2014 at 22:24
avatar

Hahahahhahaha saket perot aku gelak...weh best laaa macamtu, dia x tanya banyak2 ... beg pink love love x leh blahhh ahh !! haha xD

Boleh dapat punyalaa ayop !!!

delete 21 April 2014 at 23:17
avatar
Amir Khalis person

huhu dia tak tanya banyak lagi aku risau sebab aku budak sains huhu.
hahaha bebudak perempuan pakat gelak je aku pakai beg tu.

insyaallah yok :D

delete 21 April 2014 at 23:29
avatar

Nervoues habis nak interview. Alhamdulilah semua dah okay. Gud luck ya

delete 21 April 2014 at 23:43
avatar
Amir Khalis person

aah siapa tak neves hahaha. Alhamdulillah. Terima kasih :)

delete 21 April 2014 at 23:46
avatar

wah amik MASCOM ye amir...gud luck...

delete 22 April 2014 at 01:12
avatar

interview quite menyakitkan hati jugak tu sebenarnya. tunggu punya tunggu. tu je nak tanya.
i dont hv any experience. so congrats lah dapat jugak experience kan. haha aku tengah tunggu result untuk ukcg. kalau dapat kena interview lisan jugak lah. haih haih =3
wish you all the best amir.

delete 22 April 2014 at 12:34
avatar
Amir Khalis person

shhhh hahaha jangan capslock ... thanks bro :D

delete 22 April 2014 at 14:26
avatar
Amir Khalis person

nurulee nak jadi cikgu hihihi good luck juga nanti untuk iv lisan :D
wish you too all the best nurulee!!!

delete 22 April 2014 at 14:36
avatar
Anonymous

bagus la...cerah masa depan bro...bukan cam aku ni...kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau x kais x makan la...hehe....

delete 22 April 2014 at 19:31
avatar
Amir Khalis person

uish baru temuduga belum masuk lagi dan saya belum bekerja. tak tahu masa depan saya macam mana huhu

delete 22 April 2014 at 21:16
avatar

Amir Khalis, kalau kau dapat, maksudnya aku akan jadi senior kau.

Selamat datang ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

BAMMM tak ending aku?

delete 23 April 2014 at 08:16
avatar
Amir Khalis person

hehe mana tahu course ni ngehngeh haha tak tahu dapat atau tidak kalau dapat salam perkenalan senior hahaha.
bukan BAMMM itu BOMMM :D

delete 23 April 2014 at 14:31
avatar

haha hebakk ah kau amir , speaking london aah :p
btw gud lark , all the best

delete 24 April 2014 at 13:50
avatar
Amir Khalis person

hebakk mendenye dehh hahaha aku speaking yes,no je ^^
trimas kau pun good luck :)

delete 24 April 2014 at 15:44
avatar

sy pun sn tulen jugak , ambil design . Sekarang nak ke sains kemanusiaan pulak . hehe .

Waktu sekolah , sekolah punya cerita la . Waktu tu , ambil je apa yang ada . kan . hee .

Apa2 pun semoga berjaya dapat apa yang anda inginkan .

Nak cakap ni . anda di tag .
http://coretanuntukakudiadankamu.blogspot.com/2014/05/liebster-award-by-pha-is.html
=)

delete 9 May 2014 at 01:02
avatar
Amir Khalis person

Terima kasih dan semoga berjaya juga :D

delete 9 May 2014 at 03:22
avatar
khairun hmd

abg kades !! haha,tak sangka bertemu dengan kak ain. macam tau laa course apa.hihi,,.. (^o^)/ semoga berjaya dalam hidup!
-your junior,kiesya

delete 25 October 2014 at 15:19
avatar
Amir Khalis person

Hai kiesya! Tak sangka lah sangat kan. Menyemak je dia tu *hope tak nampak* hahahaha. Thanks kau pun good luck juga :D

delete 25 October 2014 at 17:04
avatar
Anonymous

kalau bidang ni..awk minat bahagian ape?penyiaran?kewartawanan?pengiklanan?atau ape?

delete 4 August 2016 at 14:27
avatar

Masscom ni boleh jd pembaca berita tak?

delete 26 March 2018 at 15:54
avatar

Masscom ni boleh jd pembaca berita tak?

delete 26 March 2018 at 15:55
avatar

Hahahaha first time dpt baca blog yg dpt menghiburkan hati sebelum ambil test. Thank you bro sbb buat blog ni and aku harap apa kau kata psl interview mascom tu nasib berlaku sama pada aku

delete 26 April 2018 at 21:13
avatar

pd adik2 yg tye mascom bole jd artis?pembaca berita?pengacara?of coz bole dik..memg itulah yg awak duk bljr tu..hihi....nice dn kelakar blog awak dik..trhibur baca..btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

delete 11 June 2020 at 08:13



sentiment_satisfied Emoticon