Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.
"Rezeki ada di mana-mana. Jangan bersedih dan teruskan kehidupan."
Hahaha baiklah kata-kata berkenaan tiada kena mengena dengan topik yang ingin aku ceritakan dalam entri ini. Pada minggu lepas, aku bacalah semula majalah-majalah lama yang aku beli waktu sekolah rendah dahulu. Antaranya Ujang, Apo, Gila-Gila dan Kreko. Uishh dah lama tak beli semua majalah tu. Rasa-rasanya paling last beli pun zaman darjah 6 sebab waktu tingkatan 1 dah masuk asrama. Maka kalau nak baca pinjam sahaja kawan punya. Kehkehkehkeh. *evil laugh.
Sedang aku selak-selak majalah Kreko
anime jepun aku terperasan satu artikel mengenai benjo. Perghh aku pun macam iye ke orang Jepun pun makan benjo sebab setahu aku benjo ni burger mampumilik yang ada dalam senarai harga warung burger di seluruh pelusuk negara Malaysia.
Nampak macam sedap je...
Aku pun bacalah. Ouh! Benjo mereka rupanya yang ini:
便所 ben jo - The actual Japanese word for toilet - sounds like the English "BANJO on my knee" sumber
Japanese Page
Perasan tak kenapa bentuknya macam lain sikit? Sebab kebiasaan bagi kita untuk menyelesaikan proses pembuangan akan menghadap pintu. Walau bagaimanapun, rakyat mereka akan menjalankan proses penyahtinjaan dengan membelakangkan pintu. Hurmm ada pro dan kontranya.... Untuk pengetahuan anda hampir separuh tandas-tandas di jepun agak canggih. Nak basuh guna punat dan apa semua tekan butang.
Begitulah serba sedikit mengenai 'benjo jepun' yang kita tak boleh makan.
Oh ya! Tak lupa kepada rakan-rakan yang mendapat temuduga untuk menjadi guru atau pendidik bangsa aku ucapkan semoga kalian semua berjaya!
Tak lupa juga >>>
GA Pertama Amir Khalis<<< akan berakhir esok!
aku rapbot