rapbot

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Setelah melompat merentasi halangan berpagar persis lari berpagar, ada yang lompat setinggi mungkin sambil berlari selaju harimau belang dan tak lupa juga ada beruang kutub yang baru sahaja berhibenasi tak mampu lompat begitu tinggi. Mungkin bukan sekarang waktu beruang kutub itu. Hahaha macam tiada kena mengena pernyataan itu tapi ada sebenarnya. Baiklah, lupakan sahaja. Lol. 

Ramai lepasan SPM kini dalam proses mencari tempat menuntut ilmu yang baharu. Ada yang antara mereka yang cemerlang mendapat pelbagai tawaran dan begitulah sebaliknya. Yang sebaliknya hanya mampu melihat dan redha dengan apa yang mereka ada. Jangan risau rezeki Allah ada di mana-mana. Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Hari ini aku akan mengintepretasikan entri melalui lagu.

---

Mereka semua workout untuk bina badan, Mereka semua hangout seronok dengan kawan
Mereka semua hot peminat lambai tangan, Aku Rapbot report diam menceritakan
Tangan seluk saku tinggal habuk batu, Kepala ku celaru jadi tiga suku
Macam kena luku aku jadi kaku, Bahasa kadang baku tidak tiru buku
Dia hebat selalu ramai pandang-pandang, Bila perlu cari aku bukannya cemerlang
Spontan bermc dan berdendang, Tapi masih mereka yang disayang-sayang
Banyak halangan tak dapat lepas, Rasa marah macam nak hempas
Sisa waktu dah jadi hampas, Semua sendiri tak main pass pass
Hembus semula nafas dalam-dalam, Abaikan manusia yang muka talam
Belakang cerca depan salam-salam, Kan kurang ajar perangai haram.

Ku memburu kau cemburu, Ku tersipu kau menipu
Ku begitu kau meniru, Mereka tak nampak sebab kau palsu.

Okay tak apa ada cara lain, Kita kain putih dia kain lain
Bajet macam ramai yang nak minta sain, Oh ya kan dia memang lain
Macam kaya raya banyak harta, Lahir dari keluarga yang berada
Tapi hati penuh rasa curiga, Susahkan diri dengan cerita cinta
Siapa gila siapa terasa, Tersinggung mencangkung merana
Tak dapat sini dan sana, Mungkin bukan sekarang waktunya
Tabik hormat angkat tangan, Drama lebih katanya kehidupan
Air mata leleh naik sawan, Jangan menoleh pandanglah depan
Ada saja cerita bermacam ragam, Macam bunyi deram pancaragam
Diketuk dihentak terasa geram, Nak buat macam mana terpaksa pendam
Menanam anggur topeng pengganggur, Pakar bijaksana semua beratur
Aku yang di bawah hanya perlu akur, Motivasi diri siapa diri ku ukur
Ramai yang terlena sebab terlalu angkuh, Ramai tak terjaga sebab terjatuh
Ramai dah berpecah sebab tak kukuh, Ramai tak kuat sebab tu runtuh.

Aku diam. Aku rapbot. 
---

Orang cakap buat apa kita nak tengok orang yang lebih senang daripada kita. Lihatlah yang susah. Tapi sebenarnya bila kita sentiasa lihat yang susah kita akan berasa senang. Jadi terpulanglah nak lihat yang mana dalam diam. Rendah diri lebih baik mungkin daripada menjadi seorang egois.
untuk diri ini :)
avatar

tengok kedua-duanya, bila kita tengok yg susah kita rasa bersyukur..bila kita tengok yg senang kita akan lebih berusaha..hehehe

delete 17 April 2014 at 09:59
avatar
Amir Khalis person

yup! itu pun betul :D

delete 17 April 2014 at 15:01
avatar

Dimana jauh perjalanannya.. ok.. jauh lg rasanya..

delete 18 April 2014 at 00:05
avatar
Amir Khalis person

sejauh 3 hari kut. hari pertama iaitu hari semalam. hari kedua iaitu hari ini. hari ketiga hari esok yang kita tak tahu .

delete 18 April 2014 at 01:12
avatar

salam amir..thanks ya sudi singgah blog santai...

Wah bersastera sungguh bahasa entry ni..kedip-kedip mata nak faham. tapi ayat last memang kita setuju...kita selalu membandingkan diri kita dengan punya seribu macam kelebihankan..itu yang menjadikan kita kurang bersyukur. kalau kita mengargai kelebihan yang kita ada berbanding orang lain mesti lebih bahagiakan..dan pasti kita akan bersyukur sangat-sangat..

delete 18 April 2014 at 17:40
avatar
Amir Khalis person

waalaikummussalam ... sama-sama dan terima kasih juga sudi singgah blog saya :)

yup. kita kena bersyukur dalam kehidupan walau apa pun kesusahan yang dilalui :D

delete 18 April 2014 at 19:47
avatar

haa . ok la suaru tu nak rap kan . hee .
Tapi maksud rap tu lambat sikit nak tangkap .haha .

Tengok dari both perspektif . Tengok yang dibawah melahirkan rasa syukur . tengok y di atas , melahirkan sikap rendah diri . =)

delete 18 April 2014 at 22:48
avatar
Amir Khalis person

tengok dua-dua baru boleh seimbang :D

delete 19 April 2014 at 05:20
avatar

betul hidup kena balance.. (Y) . =)

delete 19 April 2014 at 23:11
avatar

ok aku kagum. fullstop.

delete 27 May 2014 at 16:16



sentiment_satisfied Emoticon