Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Sejak dua tiga empat lima menjak yang apabila dicampurkan menjadilah seminggu lebih aku tidak membuat apa-apa entri apatah lagi berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain. Huhu maaf semua kalau internet dah laju aku jejak tanah kalian serta follow sekali jika berkesempatan.
Baiklah, sebenarnya sel neuron aku menyimpan idea untuk membuat satu entri mengenai sikap sesetengah manusia di dalam twitter. Walau bagaimanapun, disebabkan aku menggunakan telefon bimbit untuk menulis entri maka aku akan berentri ikut dan, lenjan, hentam dan sewaktu dengannya.
Nampak sejuk dan kelainan ( cool and rare ) kan? Haha. Kedua-dua basikal ini adalah basikal daripada Jepun. Kira basikal terpakai lah. Basikal merah yang ayahnda aku basuh tu basikal posmen. Aku suka reka bentuknya yang agak vintaj disamping sistem breknya yang 'besi'. Basikal ungu yang mamat bangla bergambar tu namanya Jaguar. Hoho macam nama kereta mahal lah pulak! Basikal tersebut boleh dilipat-lipat dan sesuai untuk semua peringkat umur hehe.
Ini ialah sambutan Hari Pekerja + Hari Keputeraan.
Alhamdulillah lepas ujian memandu motosikal dan motokar dalam masa sehari. Cuak juga sebab aku kalau bab bukit pehh kengkadang mati enjin bakhang huhu. Tapi tadi syukur tak mati cuma ada bunyi kuat daripada kereta yang aku pandu semasa betul-betul di atas bukit. Almaklumlah gabra al-gebra hahaha. Nasib baiklah dapat encik JPJ yang baik tiada nak bising atau marah lagi dia bagi arahan pada aku adalah hehe. Terima kasih tak dilupakan kepada abang pengajar yang sanggup bersabar dengan pemanduan aku hihi.
Nak taip panjang-panjang nanti ada ke yang nak baca blog aku? Jadi aku amat menghargai anda yang sudi singgah ke mari. Tinggalkan blog anda di chatbox atau butang tinggalkan link biru di atas supaya nanti boleh aku singgah. Huhuhu jadi aku tutup entri kali ini dengan gambar ini.
Instagram aku: amirkhalis