Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Apakah itu dp dan twitcon?
Menurut Prof Dr Kades Al-Ayubi :
" Twitcon dan dp atau dikenali sebagai default picture ialah gambar yang diletakkan di dalam Twitter atau Facebook sebagai 'avatar realiti'. Avatar realiti ini diletakkan supaya manusia lain bukan haiwan atau mekanisma berskru yakni berminyak atau lebih dikenali mesin, mengenali siapa empunya akaun tersebut. Penggunaan gambar ini dipercayai memainkan peranan besar terhadap institusi kekeluargaan, masyarakat, negara mahupun dunia."
Yup! Begitulah penerangan beliau. Ringkas, padat, mutakhir hahaha.
Baiklah, benda utama yang paling aku nak sentuh ialah penggunaan gambar konkrit dan hipokrit.
1. Gambar hipokrit
-Kebiasaannya gambar ini diambil dengan penuh gaya, mutu, keunggulan.
-Memakai pakaian yang tampak hebat hahaha gambar contoh pakai kain pelekat .
-Penggunaan Camera 360 amat digalakkan kerana dapat menutup segala kesan jeragat, jerawat dan segala ketidakkacakan atau ketidakcantikan dengan memberikan muka yang super licin dan comel.
-Selalunya gambar sebegini dimuat naik oleh manusia yang baru nak up, memang twitfamous, kacak atau cantik azali, bangang abadi, dan memang memerlukan perhatian ataupun "lantaklah aku nak buat apapun!".
-Komen-komen yang positif sering diberi kepada manusia yang memuat naik gambar sebegini:
+ Kalau Twitcon:
" Epik."
" Cantik . Menarik . Tertarik kau memang Da Bomb "
" #HAVOC "
+ Kalau DP:
" Hai◇◆◇Status Awak Sangat Awesome(>^ω^<)Sampai Saya Pon Tergoda.Saya bagi ☆☆☆☆☆&✔✔✔✔✔ Untuk Status/Gambar Awak Yang Ini..Kalau Awak Y(^_^)Y Tak Sombong jom ADD/FOLLOW Saya.╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!
Jangan Malu-Malu Kalau Nak Tegur ya... (=^.^=)"
+ Like, Retweet, Favorite jangan ceritalah bilangannya.
2. Gambar konkrit
-Kebiasaannya gambar ini diambil dengan penuh gayat, kutu, kemurungan.
-Memakai pakaian yang tampak sederhana atau biasa-biasa je.
-Penggunaan Camera 360 tidak diperlukan kerana dapat membuka segala kesan jeragat, jerawat dan segala ketidakkacakan atau ketidakcantikan dengan tiada muka yang super licin dan comel.
-Selalunya gambar sebegini dimuat naik oleh manusia yang malas nak up, bukan twitfamous, kurang kacak atau cantik azali, bijak abadi, dan tidak memerlukan perhatian ataupun "lantaklah aku nak buat apapun!".
-Komen-komen yang negatif sering diberi kepada manusia yang memuat naik gambar sebegini ataupun memang ruang komentar kosong:
+ Kalau Twitcon:
" "
" Kau nak kena sepak ke kena bom?"
" #HAPRAK "
+ Kalau DP:
" "
+ Like, Retweet, Favorite boleh dikira atau memang tiada.
Wow! Jadi konklusinya terpulanglah kepada anda untuk menentukan prejudis dan rasis manusia.
Dikaji sendiri.