Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Cukup makan asal lepas,
halangan komputer ku tangani,
Syira Lokman ku ucap trimas,
sudi mereview blog ini.
Pantun dua cerita dalam satu.
Alhamdulillah tadi baru lepas ujian berkomputer. Cukup-cukup makan lebih satu sahaja huhu. Yang penting lulus dan lepas. Jadi tak perlu buang masa untuk ulang-ulang. Tapi banyak juga level-level dan step seterusnya. Hurmm kalau gagal memang malu dengan embah lanang aka atuk aku sebab ayah aku cakap dia yang agak berumur pun boleh lepas apatah aku.
Okay!
Dalam entri yang lepas aku menyatakan bahawasanya aku agak kecewa sebab tak dapat apa-apa GA atau Segmen. Hahaha lol aku orang baru begini mana nak dapat. Ye dok? Akan tetapi ...
Klik gambar di atas supaya lebih dipercayai atau klik sini.
Terima kasih diucapkan kepada Syira Lokman kerana sudi menjadikan nombor 21 sebagai nombor bertuah. Kalau ikutkan asal sebelum pemotongan nama peserta aku berada pada nombor 24. Jadi syukur alhamdulillah. Sesungguhnya blog ini hanyalah blog picisan yang tidaklah setaraf Ben Ashaari atau Obe atau Prince Noob. Kalau nak dibandingkan dengan blogger perempuan perghh lagilah hebat!
Oh ya! Tadi kawan asrama lama aku nak design blog aku dengan FOC ataupun Free Of Charge atau tanpa sebarang bayaran. Akan tetapi oleh kerana blog Merepek Untuk Hidup adalah wajah aku, karya aku, tatapan kamu, aku menolak dengan baik dan memberikannya blog Bolalol untuk berkarya templetasi *hahaha ayat aneh. Jadi tunggu muka baru blog Bolalol atau Bola Bukan Bahalol. Dan kepada sesiapa yang tak puas hati dengan cita rasa blog ini komen sahaja di bawah. Aku berfikiran terbuka tanpa berbuka seluar hahaha ngarut.
Terima kasih Eraz Fadli untuk komen membina tersebut :)
teringin juga ambil lesen B penuh