Terima Kasih Tun!

watch_later
comment 2 Comments
Terimalah sebuah sajak yang dikarang sendiri oleh saya untuk seorang tokoh yang menjadi idola setiap pelusuk rakyat negara kita Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sempena bulan kemerdekaan akan datang.
Hentikan pergaduhan dan perang mulut sesama sendiri tetapi turutilah langkah pejuang ini wahai pemimpin masa kini!

Terimalah:


Terima Kasih Tun!
Tiada prejudis bila mula visi dan misi
Setiapnya diatur dan dirancang penuh teliti
Tidak tangkap muat ketika kaji
Wawasan 2020 menjadi penentu suatu hari nanti
Pandangnya ke timur demi hidup berdikari
Suntik pegangan sejati beserta integriti
Tanah tumpah darah akan teguh berdiri
Setanding bekas penjajah yang suka ambil peduli
Dengan mewujudkan masyakat bernilai dan berharmoni
Hilangkan rasa benci agar tiada konfrontasi.

Terima Kasih Tun!
Menyambung legasi pemimpin-pemimpin terdahulu
Menjaga kebajikan dan keselesaan setiap rakyat
Menyatupadukan rakyat sehingga erat
Membuka mata kita agar tidak terjerumus sesat
Tempat komunikasi juga maklumat dibina dan dipergiat
Menjaga nama negara kita yang penuh daulat
Segala krisis akan diselamat dengan cepat
Keputusan diambil penuh berhati-hati serta beringat
Sifat tegas pendirian tetap agar tak terikat
Tak mahu kembali zaman dijajah yang dah lama tamat
Perlu banting tulang keluar keringat hingga penat
Yang dah terlambat baru nak cepat.

Terima Kasih Tun!
Kerana motivasi 'Bersih, Cekap, Amanah'
Bangunan-bangunan kita berdiri megah
Pemandangan landskap sekeliling tampak indah
Lampu neon kota terus bersinar cerah
Kereta tempatan dibangunkan tiada membantah
Rakyat tidak lagi pasrah kerana susah
Perasaan yang gundah hilang bersama masalah
Tidak wujud perang yang perlu korban darah
Pekerja terus bekerja tiada menyerah
Untuk capai kemenangan fizikal mental dikerah
Inovasi direaliti aspirasi takkan musnah
Idea diberi bakal didengari tanpa dicelah
Generasi teguh berdiri negara takkan punah
Tentera-tentera terus maju tanpa mengalah.
avatar
Anonymous

bodoh..si mamak kutty ini lah perosak negara. Engkau bodoh sangat , terikut terikut segala penipuan si mamak ni

delete 5 August 2012 at 12:52
avatar
Amir Khalis person

Melihat melalui mata majazi dan mata hati.

delete 17 September 2012 at 10:39



sentiment_satisfied Emoticon