Istimewa Syawal 2012

watch_later
Kalau keluarga lain mendendangkan lagu Selamat Hari Raya,
kami pun sama di dalam kereta sambil menuju ke destinasi.

Tetapi!

1 Syawal tahun ini kami sedikit istimewa kerana disisipkan bersama lagu
Selamat Hari Jadi dan Allah Selamatkan Kamu.
Hal ini kerana, adik saya Umie Khaleeda telah menyambut Hari Kelahirannya yang ke 12 pada 19 Ogos 2012 yakni bersamaan 1 Syawal.
Sebenarnya,
terdapat tiga orang yang menyambutnya pada bulan Ogos iaitu:

Adik saya, Umie Khaleeda = 19 Ogos
Mak saya, Pn Anita Misnah = 20 Ogos
Adik saya, Amir Khairin = 31 Ogos


Paling istimewa adiklah sebab hari jadinya disambut dengan sambutan kemerdekaan dan hari raya.

Walau bagaimanapun,
sebagai seorang anak dan abang,
Ayop ingin meminta maaf sekiranya membuat salah dan silap jika terdapat apa-apa kekhilafan yang dilakukan T_T
Semoga kesemuanya dirahmati oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.
Serta dapat mencapai segala impian yang diinginkan :)



sentiment_satisfied Emoticon