Belajar untuk hidup atau hidup untuk belajar?
Wujud pertikaian dalam cara kita belajar.
Wujud pelajar yang membabi buta menghafal tanpa menggunakan daya koknitif.
Segala formula sedia ada berserta penyelesaian tanpa keperluan berfikir panjang.
Kemahiran disisihkan kerana kegilaan teori tiada makna.
Tak perlukan lagi keyakinan dan kepintaran menyelesaikan masalah.
Kepincangan penghafalan merencatkan masa hadapan.
Nilai kekritisan dan kekreatifan dianggap kejengkelan budak mentah.
Penghijrahan dan revolusi dijadikan bahan bakar pembakaran.
Nombor dan huruf sekadar simbol tak membawa maksud.
Hafal, hafal dan hafal!
#Komunikasi ujian lisan pun perlu hafal#