Pujangga Nyata Merdeka

watch_later
Assalamualaikum dan salam keamanan :)
Penulisan seterusnya ini didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia.
Harap negara kita akan terus aman dan maju.


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Selagi ada kudrat masih ku berayat
demi fikiran teman-teman yang dimanipulasi lalu sesat
masih lagi awal belum kan terlambat
hatiku berhati-hati jasadku beringat-ingat
posisi tak stabil nanti mereka ambil tempat
tanah berdaulat pantang dikhianat
jati diri nilai budi perlu wujud dalam sifat
tak boleh rasa gayat sedikit pasti akan cacat
aspirasi yang ingin direaliti pasti kan terencat.

Menilai sesuatu mesti dari mata majazi dan mata hati
jangan sebarang berkata tanpa fakta dan isi
dalam penceritaan lisan mahupun tulisan berpuisi
mesti kita kaji, bongkar dan dalami
bukan kerana pengaruh propaganda tapi rela hati
di akhir mesti jadi pasti nampak misi
yang tersurat dan tersirat jawab persoalan dalam diri
yang selama ini kita tolak ketepi.

Dalam dedikasi bermotivasi kibar jalur gemilang
perlu revolusi setiap situasi yakni jadi cemerlang terbilang
biar pujangga terus terang praja tersayang akan hilang
jika tak ambil peduli bakal diserang pagi petang
berhati-hatilah selalu bukan jarang-jarang
semangat patriotik mesti bertambah bukan kurang.

Renung kembali zaman Tanah Malaya
bukan mudah kerna terlalu susah tak pernah merasa kaya
jangankan nak bergaya hilang erti beraya
mari kita sambung lancar semangat pahlawan dahulu
baju hijau disarung keluar keringat makanan sama tak jemu
kalau bertarung sehabis buat tidak melulu!

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>




sentiment_satisfied Emoticon