Sepi Sendiri

watch_later
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca :)
Tanpa celoteh berjela sebenarnya lirik ini dituliskan kepada kawan saya yang telah putus asa dalam mencari "cinta sejati" kononnya.
Tapi realitinya ingatlah kita ini masih disuap segala oleh orang tua.
Hehe.
Kalau dapat pun nak bagi dia makan minum ke?
Belajar dulu bro:)

<><><><><><><><><><><><><><><>
Bintang takkan berbicara
walau mengerti makna
lepaskan saja yang tiada

Walau ada tidak mahu
hidupmu akan haru biru
senantiasa tak menentu
sepanjang hayatmu
hayatmu itu

Sepi sendiri
takkan bererti
sepi sendiri
takkan bawa mati
jangan percaya pada sepi

Mentari hanya bercahaya
bersamanya purnama
lepaskan saja yang tiada

Walau ada tidak mahu
hidupmu akan haru biru
senantiasa tak menentu
sepanjang hayatmu
hayatmu itu

Sepi sendiri
takkan bererti
sepi sendiri
takkan bawa mati
jangan percaya pada sepi
Sepi membunuh
hatikan luluh
sepi membunuh
jangan percaya pada sepi

Belum waktumu
harap kau tahu
masihkan ada yang sayangmu

<><><><><><><><><><><><><><><><<><><>

#Cinta Monyet Muda#



sentiment_satisfied Emoticon