Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada orang yang sedang membaca kemerepekan-kemerepekan yang dicetuskan oleh saya pada kali ini.
Terima kasih :)
Ketika sedang belajar di dalam kelas (sambil bercerita) bersama pemain ragbi di sebelah tiba-tiba terpandang beberapa kelibat pasangan-pasangan muda sambil diiringi cerita-cerita cintanya mengakibatkan sesuatu telah melintasi otak sehingga mencantumkan sel-sel neuron di dalamnya lalu mencapai 'stick note' berserta pen untuk menulis sesuatu....
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Teman-temanku semuanya dah bercinta
Teman-temanku semuanya dah berkekasih mesra
Tinggalku sendiri
Melihat pelangi
Melayan sepi
Kerna apakan daya
Siapalahku sebenarnya
Tiada sesiapa tuk berdua bersama
Aku masih sendiri
Aku masih sendiri
Melayan sepi
Aku masih sendiri
Aku masih sendiri
Sepi sendiri
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
YA!
Tanpa disengajakan saya telah mencipta sebuah lagu bersama melodinya sekali.
Secara jujurnya ia memang lagu untuk syok sendiri dan bukan untuk pasaran komersial.
Namun akhirnya,
mereka berdua telah terikut-ikut lagu ini.
!!!!!!!!!!
!Sebenarnya lagu ini ditujukan kepada mereka berdua!
!Itu sahaja realitinya!
!Terima kasih!
!!!!!!!!!!!!!!
#hari ini ada gambar#