Dunia Sekarang

watch_later
Menahan bumi si gunung-ganang

Hijau meninggi padi di bendang

Terbang ke mari si burung layang

Terbukti fikiranku yang melayang

Panorama itu semua kini dah hilang

Takkan lagi rasa jiwa yang tenang

Hidupmu kini cuma bersedihan tiada girang

Masihkah ada yang penyayang

Masihkan wujud cahaya terang-benderang

Masing-masing berubah mahu menentang

Mulut-mulut bebas berkata sebarang

Propaganda penipuan secara terus terang

Pangkat darjat ditayang-tayang

Hiburan terlampau telah dihidang

Walau seindah mana pun kan kau pandang

Hanya sementara kerana akhirnya terpaksa dipulang

Semuanya hanya kerana harta dan wang

Yang bila-bila masa mampu terbang

Mengundang perkara yang tak diundang

Demi martabat murahan yang dijulang

Demi sezarah peluang dan ruang

Konon mampu bina hidup senang-lenang

Sanggup mengangkat pedang untuk berperang

Sanggup jumpa orang lalu temberang

Sanggup cipta ruang dan jurang

Sanggup biarkan insan tersayang dicurang

Sanggup habis madu sepah dibuang

Sanggup biar orang baik dilempang

Sanggup biar orang baik diterajang

Inilah namanya dunia sekarang!


#Punah ranah parah#









sentiment_satisfied Emoticon