Kembali Ramadan

watch_later
Purnama menjelma membawa anaknya.

Memberi tanda kepada seluruh dunia.

Ramadan! Engkau telah tiba.

Terima kasih tuhan kerana telah memberikan.

Keupayaan dan kuasa untuk menjalankan.

Dengan rahmat tuhan aku berpuasa sebulan.
Hanya 29 atau 30 hari setahun.

Penuh usaha ibadah aku himpun.

Masa dengannyakan lebih tersusun.

Moga segala dosa lama akan diampun.

Dengan sepuluh daktil aku pohon.

Mahukan pahala agar syurga dapat ku cium.

Mereka dah diikat malang nafsu belum.

Tak mengapa nafsu ku cuba jinakkan.

Inilah bulan seribu bulan.

Hati yang kotor dibersihkan.

Sebelum tiba subuh sahur aku lambat-lambatkan.

Tapi lepas maghrib buka aku percepatkan.

Sentiasa di sisi Al-Quran.

Sujud semakin lama kepada tuhan.

Maksiat bukan lagi tahan tapi dibuangkan.

Segala yang didendam tak lagi disimpan.

Hidup semakin bersederhana tidak berlebihan.

Benda kosong dan lagha ku tinggalkan.

Mengumpat dan memfitnah aku hindarkan.

Bibir dibasahkan dengan zikir dan istighfar.

Tiada makan minum perutku lapar.

Namun ibadah sunat tetap lancar.

Masih menunggu malam Lailatul qadar.


#Selamat Berpuasa Penuh#













sentiment_satisfied Emoticon