Perlu, Harus, Mesti

watch_later
Assalamualaikum dan salam aman damai!
Dah lama tangan ini gatal untuk menulis lirik yang sudah pastinya tanpa melodi.
Hahaha :)
Lirik kali ini berkisarkan kita tak mahu lagi dijajah!

<><><><><><><><><><><>

Pemikiran kalian
perlukan lebih perhatian
agar tidak ketinggalan
masa depan
kita tak mampu kembali

Horizon minda
perlu disegarkan semula
agar diri tidak dihina
oleh manusia
dari ilmu dijana

Kejatuhan dunia kita
jangan diulang semula
revolusikan situasi  
agar bercahaya lagi
kemaskini notifikasi
agar pantas serasi
dengan perilaku kini

Perlu tahu
biar yang berlalu
harus bersatu
bina dunia baru
mesti menuju
pantas dan laju

(tambahan Sidi Muhammad Yusoff)
Wahai pemuda harapan agama
bangkitlah kalian dari lena
kita maju kehadapan bersama
jatuhkan taghut sesat celaka!

<><><><><><><><><><>


#Kekalkanlah kemerdekaan kita!#



sentiment_satisfied Emoticon