Muka Buku

watch_later
Dinding-dinding sentiasa dipenuhi isu semasa.

Cinta, agama, politik, ekonomi dan sebagainya.

Notifikasi ditakluki oleh pelbagai pemberitahuan.

Berselerak pula serata pesanan yang kadangkala memerlukan perhatian.

Wujud muka-muka yang meminta menjadi kenalan walaupun sudah kenal atau belum.

Kadangkala kita berkongsi kehidupan dengan menyebarkan artikel mahupun propaganda murahan.

Butang suka sering ditekan pada gambar yang menarik perhatian.

Bersembang pula pada tempat untuk berbual.

Terjumpa aplikasi yang memenuhi jiwa raga.

Kumpulan-kumpulan menjadi tempat lepak tanpa berpanas terik.

Acara baru muncul memberitahu sebuah peristiwa.

Permainan menjadi gelanggang pertarungan.

Paparan gambar ditatap ramai.

Visual dan audio bersatu demi memecah keheningan sambil ditonton ramai.

Komen dicanang sebagai pujian mahupun cacian.

***************

Demi kemaslahatan sejagat ia diktiraf penuh nilai murni.

Namun, ia telah melekakan serta melalaikan saya kepada keduniaan.

Aneka hubungan seperti lamanku dan kicau burung mungkin menjadi pengganti.

Tetapi sejauh manakah kesamaan prestasi kehebatan yang mampu ditandingi?

Adakah kita akan berterusan menggunakannya?


**************

Hari ini masih ada waktu untuk mengemaskini catatan pada dinding.

Hari ini masih ada waktu untuk melakukan segalanya.

Namun dimana hilang waktu untuk Yang Esa?

******************

Banyak yang terlepas kerana banyak yang perlu diakses.

Tak perlu putuskan perhubungan antara manusia.

Hablumminallah hablumminnas.

Cuma eratkanlah lagi hubungan kita dan Maha Esa.

Mungkin masa kita tak panjang lagi.

Persempatkanlah segala amal dan ibadat.


#masihbermukabuku#






sentiment_satisfied Emoticon