"Kades (nama panggilan saya di AYSK), jomlah pergi!" pinta Amir Danish.
Waktu itu ada alumni yang akan datang untuk bahas asrama kami.
Nama kami berdua Amir Khalis dan Amir Danish tidak disenaraiwajibkan untuk datang.
Namun disebabkan ketaksubannya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahas maka saya pun turut serta.
Tanpa segan silu ketika di dalam kelas terbabit saya memperkenalkan diri atas pintaan kerana setiap orang di situ wajib untuk memperkenalkan diri masing-masing.
Secara tiba-tiba, itulah hari bermulanya saya sebagai seorang pembahas tanpa tahu tentang apa-apa mengenainya dan disuruh menjadi Menteri Ketiga.
Itulah antara permulaan saya dan dunia perbahasan.
Ringkasan plot penceritaan saya dalam arena ini:
2009
Saya telah menjadi simpanan dalam pasukan AYS B.
Masih mentah dan ketika itu hanya tolong mencari maksud literal, membawa beg penuh fakta dan kamus serta membantu Abg Zul Faiz membuat hujah.
Hanya mendengar arahan yang diberi.
2010
Mula mewakili AYS untuk perlawanan terbuka AYS, UIA dan UKM(tempat ke-3).
Menjadi pembahas ketiga.
Akan tetapi hanya simpanan ketika berada dalam pasukan SMK Tinggi Klang.
Mula memahami rentak perbahasan dengan sedikit mahkota Speaker Terbaik dan mampu menewaskan beberapa pasukan yang amat digeruni seperti STAR, SDAR,dan sebagainya.
2011
Mewakili SMK Tinggi Klang namun tewas terhadap sekolah rakan sendiri ketika di suku akhir daerah.
Huhu T_T
Namun tetap tidak berjaya dalam arena terbuka AYS walaupun berjaya mengalahkan MCKK.
Tetap mampu memiliki sedikit penghargaan Speaker Terbaik.
2012
Mewakili Sains Muar menjadi pembahas ketiga.
Membantu pasukan kerana ketiadaan jurulatih.
Mula mempelajari stail Piala Perdana Menteri.
Tumpas dengan Seri Puteri (SSP).
2013
?????????????
#terima kasih Abg Adam Daniel dan sahabatnya kerana telah mencurahkan pelbagai ilmu perbahasan#
#terima kasih jua kepada teman-teman seperjuangan lama Abg Haikal, Abg Zul Faiz, Abg Hazreen, Abg Farizuan, Abg Naza, Abg Eric, Kak Ayu, Kak Mar, Ain, Shahidil Saril, Athirah dan yang lain-lain (maaf jika tidak disebut)#