Lukisan yang dilukis oleh saya keatas papan putih bilik fizik di STAR, Ipoh sebagai tanda bermula penjajahan pembahas SAMURA terhadapnya!
Hahahaha :)
Membuat persediaan pada malam sebelum perlawanan.
Lebih kicau burung dan muka buku berbanding cari fakta!
Meja kiri debater dan meja kanan pembahas.
Hanya mampu menjadi naib johan kumpulan sahaja pasukan bahas SAMURA.
Hal ini kerana, kami telah dikalahkan oleh pasukan dari Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya (layak ke finale) walaupun berjaya menewaskan SMS Labuan dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra.
T_T huhu
Namun, tidak mengapa pembahas pertama kami, Atiqa Nazihah berjaya merangkul gelaran pembahas terbaik sebanyak dua kali (tengoklah siapa yang ajar hahaha).
Antara pembahas bahasa Inggeris.
Maaf gambar ini bukan diambil secara rapat tetapi saya duduk jauh di belakang.
Konon comel tapi bila berbahas.....
Menuju ke majlis yang dihadiri Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak.
Mendengar titah baginda dengan penuh khusyuk.
Bangga melihat sekolah sendiri mendapat salah satu anugerah.
Ketika Majlis Santapan Malam di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Menu yang hebat dan rasanya memang sedap!
Hurmm,,
seorang lelaki versus tujuh perempuan,
memang bosan!
Di samping boleh mengimbas memori lama,
kami dapat bertukar-tukar idea dan pendapat sebab ini merupakan kali pertama saya menglibatkan diri dalam Piala Perdana Menteri.
Beza memang berbeza berbanding debat terbuka UIA, AYS dan UKM.
Alhamdulillah:)
Peserta sekolah lain juga tidaklah sombong dan bongkak.
Pernah saya memberikan pendrive dan biskut di dalam dorm untuk bersama-sama menonton The Avengers.
Mereka juga kadangkala mengajak saya untuk menonton wayang.
Akan tetapi! Saya sentiasa mengenangkan keadaan perempuan SAMURA yang tidak pernah memikirkan keadaan saya yang bersendirian tanpa telefon, laptop atau perkara yang boleh menghilangkan kebosanan.
T_T
Yang penting saya tahu tujuan saya kemari (nak jadi Johan walaupun tak mampu)!
Sebenarnya banyak yang ingin diluahkan tetapi takut saya sendiri akan menangis.
Hehe.....biarlah rahsia~
Semoga tahun hadapan saya mampu membina sebuah pasukan yang kuat walaupun sudah beberapa kali cikgu ingin menyingkirkan saya!
#Diharapkan 'mereka' mampu buat yang terbaik dalam UIA2012#