Kali Ini Cerita Gransazer

watch_later



Chouseishin Gransazer (超星神グランセイザー Chōseishin Guranseizā?), atau Ultra Star God Gransazer, merupakan siri televisyen bercereka superhero tokusatsu dari Jepun yang diterbit olehToho Company Ltd. dan Konami. Siri ini eprnah disiarkan di TV Tokyo sejak 4 Oktober, 2003 hingga 25 September 2004, dengan sejumlah 51 episod setengah jam. Siri ini merupakan yang pertama dariapda francais Chouseishin".
Premis siri ini amat menyerupai siri Super Sentai dan siri manga/anime Saint Seiya: terdapat 12 orang wira yang terbahagi kepada empat "puak", dan setiap puak mempunyai robot gergasi yang boleh berubah bentuk

.

Watak

 Gransazer

 Puak Api

Puak yang pertama untuk menyedari ancaman makhluk asing, tetapi yang kedua untuk digabungkan sepenuhnya, dibantu oleh Profesor Horiguchi sejak awal lagi untuk merealisasikan tugas mereka sebagai Gransazer. Kesemua ahli puak api direka berdasarkan burung.
  • Tenma Kudou (弓道天馬 Kudō Tenma?)/Sazer Tarious:
Umur: 22
Pekerjaan: kurier
Zodiak: Sagittarius
Haiwan: burung falkon
Tenma ialah seorang pemuda yang panas baran dan kelam-kabut wataknya. Dia menjadi Sazer setleah diserang Sazer Velsou; sikap panas baran dan kuasa-kuasa dalamannya membolehkannya bertukar. Sejurus selepas itu, dia menewaskan Velsou. Tenma sering berselisih dengan Mika dan yang lain-lain dan tidak berapa suka dijadikan ketua, namun dia menerima peranan itu. Tenma amat prihatin terhadap rakan seperjuangannya serta dunia yang didudukinya.
Dengan Knuckle Risernya, Tenma bertukar menjadi Sazer Tarious, pahlawan api membara di bawah bintang Sagittarius. Baju perisainya direka berdasarkan burung falkon. Senjata utama Sazer Tarious ialah Falcon Bow, iaitu sepasang panah. Serangannya yang paling kuat ialah "Burning Falcon" yang merupakan anak parah membara yang besar. Selain itu dia juga menggunakan "Cosmic Punch", iaitu lompatan berpusing disusuli dengan tumbukan membakar.

  • Mika Shidou (獅堂未加 Shidō Mika?)/Sazer Mithras:
Umur: 22
Pekerjaan: penuntut universiti
Zodiak: Aries
Haiwan: angsa liar
Mika ialah kakak Ken yang bersifat kelelakian dan ahli Puak Api yang bijaksanan. Oleh sebab membantu Profesor Horiguchi dengan kajiannya, dialah Sazer pertama untuk dibangkitkan. Sikapnya yang tenang dan sabar sering bertembung dengan perwatakan Tenma yang membara, namun dia membuktikan dirinya sebagai teman sejati.
Dengan Knuckle Risernya, Mika bertukar menjadi Sazer Mithras, pahlawan api membara di bawah bintang Aries, dengan baju perisainya bertemakan angsa liar. Senjata utamanya ialah Swan Sectors yang merupakan sepasang kipas. Serangan peleraiannya ialah "Brand Tornado" yang merupakan tembakan dari puting beliung berapi.

  • Ken Shidou (獅堂剣 Shidō Ken?)/Sazer Lion:
Umur: 19
Pekerjaan: penuntut universiti
Zodiak: Leo
Haiwan: burung layang-layang
Ken ialah adik kepada Mika dan ahli Puak Api terakhir untuk dibangkitkan; ini berlaku apabila Puak Angin menyerang Garuda yang belum diaktifkan dengan Dolcross. Dia bersifat tenang, segan tetapi prihatin dan penyayang terhadap kakaknya. Dengan Knuckle Risernya, Ken menjadi Sazer Lion, pahlawan api membara di bawah bintang Leo; baju perisainya bertemakan burung layang-layang. Senjata utamanya ialah Double Crescent, iaitu sepasang pedang. Serangan peleraiannya ialah "Hien Zan" ("Flying Swallow Cut") yang berbentuk satu gelombang api.

 Puak Angin

Puak yang pertama untuk digabung sepenuhnya pernah ditipu oleh makhluk asing dari spesis Akelon yang menyamar sebagai Profesor Karin Saeki, agar menentang Gransazer lain, terutamanya puak api. Setelah menyedari mereka telah tertipu, mereka mula menentang Karin dan bersekutu dengan Gransazer lain. Rekaan Puak Angin berdasarkan serangga.
  • Akira Dentsuin (伝通院洸 Dentsuin Akira?)/Sazer Remls:
Umur: 29
Pekerjaan: pakar bedah
Zodiak: Gemini
Haiwan: kumbang sumbu Jepun
Keitka julung kali bertemu dengan Karin, Akira dibangkitkan sebagai Sazer Remls lalu ditipu oleh makhluk Akelon untuk menentang Puak Api. Akiralah yang paling rapat dengan Karin, sehingga dia menyerang rakan-rakan sendiri sambil memegang kepercayaan terhadapnya. Sungguhpun kelihatan suka mengasingkan diri dan dingin namun dia maat setia dan belas kasihan serta menjadikan dirinya pejuang yang garang. Dialah Gransazer yang tertua.
Dengan Knuckle Risernya, Akira menjadi Sazer Remls, pahlawan angin di bawah bintang Gemini, dengan baju perisainya yang berbentuk kumbang sumbu. Senjata utama Sazer Remls ialah meriam Iron Gale. Serangan peleraiannya ialah "Final Judgement", iaitu sebiji bebola udara yang leka. Selain tiu dia juga menggunakan "Remls Tornado", puting beliung dari tapak tangannya.

  • Ryouko Amemiya (雨宮涼子 Amemiya Ryōko?)/Sazer Velsou:
Umur: 25
Pekerjaan: penyelia sukan
Zodiak: Aquarius
Haiwan: kupu-kupu
Ryouko yang diupah dan dbangkitkan oleh Karin ini merupakan pejuang Puak Angin yang bercita-cita tinggi, sedar akan kemahiran sendirinya dan tidak suka akan yang lemah dan pengecut. Selain itu, dia agak suka berkira dan pintar. Dialah yang pertama utnuk meragi niat Karin lalu meninggalkan saintis jahat itu, dan dia disusuli oleh Jin. Dia juga melatih Tappei secara peribadi untuk menjadikannya pejuang yang bagus.
Dengan Knuckle Risernya, Ryouko menjadi Sazer Velsou, seorang pahlawan angin di bawah bintang Aquarius yang berperisaikan kupu-kupu. Senjata utama Sazer Velsou ialah Sel Cross, sepasang buckler. Serangan peleraiannya ialah "Full Moon Slash", iaitu tetakan udara berwarna merah tua yang menyerang sasarannya. Selain itu Sazer Velsou juga memakai "Velsou Illusion", serangan psikokinetik yang memegunkan lawannya.

  • Jin Hakariya (秤谷仁 Hakariya Jin?) /Sazer Dail:
Umur: 26
Pekerjaan: pereka fesyen
Zodiak: Libra
Haiwan: Stag beetle
Ahli terakhir Puak Angin, Jin, ditemui oleh Karin lalu menyertai puak itu semata-mata untuk berseronok. Dia gemar dengan kuasanya sehingga dia suka bermain-main dengan kuasa itu, serta sentiasa bersedia untuk apa-apa cabaran. Namun begitu, dia juga suka bekerjasama dan maka itulah dia ditegur oleh Ryouko bahawa kesemua Sazer perlu bekerjasama sebagai satu pasukan besar. Dia sering menunjukkan dirinya tepat pada masa untuk membantu rakan seperjuangannya.
Dengan Knuckle Risernya, Jin menjadi Sazer Dail, pahlawan angin di bawah bintang Libra yang berperisaikan motif stag beetle. Senjta utama Sazer Dail ialah Axe Tagger, sepasang tonfa berbentuk kapak. Serangan peleraiannya ialah "Dai Senpu Ha" ("Whirlwind Strike"), iaitu tembakan puting beliung mengufuk.

 Puak Tanah

Puak ketiga yang bangkit sepenuhnya ini adalah yang paling berpecah-belah kerana setiap ahlinya mempunyai personaliti yang kadang-kala berselisih dengan satu sama lain. Akelon Karin Saeki pernah cuba memujuk Puak Tanah menyertai kumpulannya namun gagal, menyebabkan puak ini bersekutu dengan Puak Api. Puak ini berdasarkan mamalia.
  • Naoto Matsuzaka (松坂直人 Matsuzaka Naoto?)/Sazer Tawlon:
Umur: 27
Pekerjaan: pengamal seni mempertahankan diri
Zodiak: Taurus
Haiwan: lembu
Naoto dahulunya merupakan ahli sukan mempertahankan diri yang masyhur dan disanjung tinggi, namun kini bersara dari persada tersebut untuk melatih bakat muda amalan pertahanan dirinya. Selalunya dia sukar dicari, kerana dia sering hendak menjadi lebih kuat dan lebih bagus, bukan sahaja secara berdikari malah juga dalam pengasingan dirinya, sungguhpun dia sendiri dianggap amat kuat. Dia juga amat berdedikasi dan teguh. Dia tidak akan berputus asa, tanpa mengira betapa tipis peluangnya.
Dengan Knuckle Risernya, Naoto menjadi Sazer Tawlon, pahlawan tanah di bawah lambang Taurus, dnegan baju perisainya bermotifkan lembu jantan. Senjata utama Sazer Tawlon ialah Bull Cannon, iaitu sepansang meriam yang dipasang pada bahunya. Serangan peleraiannya ialah "Matador Burst", yang merupakan tembakan mengejar.

  • Ran Saotome (早乙女蘭 Saotome Ran?)/Sazer Visuel:
Umur: 21
Pekerjaan: penari
Zodiak:Virgo
Haiwan: harimau bintang
Ran ialah wanita muda yang aneh dan bertabiat tidak serius. Dia julung kali bertemu dengan Sazer apabila seorang rakan zaman kanak-kanaknya dituduh melakukan suatu jenayah yang sedang disiasat Gô dan rkaan polisnya Nanami. Mula-mulanya dia diculik Karin dan Puak Angin untuk dijadikan sekutu mereka, namun dia kemudian melarikan diri. Untuk melindungi Gô dari seorang penjenayah berpistol, dia bertukar menjadi Sazer Visuel. Sungguhpun berperangai kurang serius, dia boleh membuktikan dirinya sebagai seorang pejuang yang setia. Dalam bahagian-bahagian lanjut siri ini dia dikejar olehWarp Monarch yang menyangka Ran seorang Bosquito, namun kemudian dia didapati sebagai seorang pengantara antara Warp Monarch dan Gransazer.
Dengan Knuckle Risernya, Ran menjadi Sazer Visuel, pahlawan tanah di bawah bintang Virgo; baju perisainya bertemakan harimau bintang betina. Senjata utama Sazer Visuel ialah Lady Claw, sepasang cakar yang panjang dan tajam. Serangan peleraiannya ialah "Night Scratch" yang merupakan cakaran yang amat kuat.

  • Go Kamiya (神谷豪 Kamiya Gō?)/Sazer Tragos:
Umur: 26
Pekerjaan: polis
Zodiak: Capricorn
Haiwan: kambing
Gō ialah seorang anggota polis yang serius, berdedikasi dan setia serta bijak menimbangkan keadilan. Dia pertama sekali bertemu dengan kuasa-kuasa Sazer apabila mengejar seorang penjenayah yang juga seorang kawan Ran. Setelah rakan polisnya ditarik balik dari tugas dan penjenayah itu mengeluarkan pistolnya, Gō bertukar buat pertama kali. Kemudian dia berganding bahu dengan Puak Api lalu bertarung dengan Dail. Dalam dirinya ada personaliti yang baik hati dan jujur yang menonjol apabila dia berbicara dengan Naoto mengenai tugas dan keutamaan. Dia kemudian jatuh cinta terhadap seorang sainti bernama Aya Stacy.
Dengan Knuckle Risernya, Gō menjadi Sazer Tragos, pahlawan tanah di bawah lambang Capricorn yang baju perisainya bermotifkan [[kambing]. Senjata utama Sazer Tragos ialah Spiral Horn, sejenis gerudi lengan. Serangan peleraiannya ialah "Penetrate Thunder", iaitu serangan gerudi yang melibatkan terjunan dari suatu ketinggian.

 Puak Air

Puak ini muncul sesudahnya insiden Akelon dan merupakan yang keempat untuk bangkit sepenuhnya. Diketuai jurugambar peperangan Makoto yang tegas dan sukar mempercayai orang, puak ini pernah berjuang sendirian buat seketika. Setelah bergabung dan membangkitkan robot mereka, mereka jadilah bersekutu dengan Sazer lain. Puak ini berdasarkan haiwan laut.
  • Makoto Sorimachi (反町誠 Sorimachi Makoto?)/Sazer Gorbion:
Umur: 24
Pekerjaan: jurugambar peperangan
Zodiak: Scorpio
Haiwan: ikan jerung
Makoto ialah ketua Puak Air. Pengalamannya sebagai jurugambar perang membentuk sifat berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain, maka dia mula-mulanya tidak mempercayai orang lain selain rakan sepuaknya. Dia muncul sebagai Sazer buat kali pertama apabila Leviathan diancam kehadiran dan niat Radia lalu cepat menyelamatkan Tarious dari ancaman maut. Namun begitu, dia enggan bekerjasama dengan kelompok Sazer yang besr untuk jangka masa yang lebih lama, dan dedikasi tingginya kepada apa yang dianggapnya betul sering, tetapi tidak sentiasa, memberi faedah kepada Sazer yang lain.
Dengan Knuckle Risernya, Makoto menjadi Sazer Gorbion, pahlawan air di bawah bintang Scorpio; baju perisainya bermotifkan ikan jerung. Senjata utama Sazer Gorbion ialah broadsword bernama Blast Saw. Serangan peleraiannya ialah "Death Storm", iaitu memanggil tsunami yang kecil. Serangan kedua Sazer Gorbion ialah "Aqua Slasher".

  • Ai Uozumi (魚住愛 Uozumi Ai?)/Sazer Pisces:
Umur: 18
Pekerjaan: jururawat
Zodiak: Pisces
Haiwan: Orca/ikan paus
Ai ialah seorang jururawat penyayang dan peramah dalam hospital yang sama dengan Akira. Sejurus selepas pertemuan pertama, Ai mula jatuh cinta kepada Akira. Kemudian pada hari yang sama, dia dan kawan lamanya Tappei diserang Lucia lalu Ai perlu bertukar untuk melindungi dirinya dan Tappei. Tidak lama kemudian dia sedar bahawa seroang lelaki yang dikenalinya sejak lama sebenarnya bertalian darah dengannya dan lelaki ini diculik oleh Logia. Dia menjejaki mereka dan membebaskan lelaki itu tepat pada masanya. Ai berperwatakan lebih daripada baik hati, sehingga dia berbelas kasihan terhadap sesiapa yang cuba menculik dan membunuhnya; namun dia juga serius dan memberi tumpuan kepada misinya. Dialah Gransazer yang terakhir.
Dengan Knuckle Risernya, Ai menjadi Sazer Pisces, pahlawan air di bawah bintang Pisces, yang berperisaikan motif orca. Senjata utama Sazer Pisces ialah pistol kecil bergelar Aqua Blitz. Serangan peleraiannya ialah tembakan kuat yang dipanggil "Brink Shot".

  • Tappei Mikami (三上辰平 Mikami Tappei?)/Sazer Gans:
Umur: 21
Pekerjaan: pelatih ikan lumba-lumba
Zodiak: Cancer
Haiwan: ikan pari manta
Tappei ialah seorang lelaki baik hati yang mengkaji dan menjaga beberapa ekor ian lumba-lumba di sebuah taman tema lautan. Dia gemar meluncur air dengan rakannya Ai, yang hendak dicintainya. ini makin menyakitkan hatinya apabila dia gagal melindungi Ai dari Lucia dan Ai pula terpaksa bertukar untuk mempertahankan dirinya. Selepas itu, dia berlatih dengan Ryoko sehingga wira di dalamnya dibangkitkan. Peluang itu akhirnya tiba lalu dia menyertai rakan sepuaknya, maka lengkaplah Puak Air. Tappei bersifat lemah-lembut dan berminda terbuka, dan sedia apabila diperlukan.
Dengan Knuckle Risernya, Tappei menjadi Sazer Gans, pahlawan air di bawah bintang Cancer, dengan perisainya berbentuk sempena ikan pari manta. Senjata utama Sazer Gans ialah Kalnikos, pisau belati berbilah dua. Serangan peleraiannya ialah "Taikai Shousetsudan" yang menembakkan searus air.

 Sekutu

  • Profesor Ichiro Horiguchi (堀口一郎博士 Horiguchi Ichiro-hakase?):
Umur: 50.
Pekerjaan: pakar arkeologi angkasa

  • Atsushi Misonogi (御園木篤司 Misonogi Atsushi?):
Umur: 43.
Pekerjaan: birokrat

  • Masaki Wakui (和久井正樹 Wakui Masaki?):
Umur: 55.
Pekerjaan: saintis

  • Souchiro Okita (沖田総一郎 Okita Souchiro?):
Umur: tidak diketahui
Pekerjaan: kapten angkatan pertahanan

  • Ruby (ルビー?):
Spesis: Akelon

 Watak Jahat

  • Karin Saeki (佐伯カリン Saeki Karin?)
    Nama sebenar Akelon ini tidak diketahui, kerana dia menyamar sebagai seorang Karin Saeki sebenar yang sudah meninggal dunia setibanya di Bumi. Selaku pembimbing Puak Angin, dia cuba meyakinkan mereka bahawa Sazer lain adalah musuh yang sedang menghalang tugas mereka. Dia juga bercinta dnegan Akira bagi mengeratkan lagi hubungan mereka. setelah diketahui kebenarannya, Karin menyerlahkan rupa Akelon sebenarnya lalu berlawan dengan para Sazer tanpa kalah. Setelah Akira teranggap memusnahkan Karin dengan senjata, Karin membuktikan bahawa dia masih ada lagi apabila kembali menghadapi Sazer pada masa yang lain. Sekutu-sekutu Akelonnya menambahkan kuasanya menjadi raksasa yang besar setelah dia kalah dalam suatu pertarungan.
  • Impactor (インパクター)
    • Shuichi Hoshiyama (星山秀一 Hoshiyama Shuichi?)/Rogia(ロギア)
      Pemimpin kepada Radia dan Lucia yang licik ini diamanahkan dengan misi memusnahkan Bumi dengan apa jua sekalipun. Senajtanya bergelar Holo-Sniper.
    • Lucia (ルシア}
    • Radia (ラディア)
  • Bosquito
  • Yoshioka Asami
  • Gig Fighters

 Serangan dan Senjata

 Mecha

  • Ultra Star God Wing Garuda
  • Ultra Star God Dolcross
  • Ultra Star God Gun Caesar
  • Ultra Star God Leviathan
  • Cloud Dragon
  • Guntras
  • Daisazer
  • Youhi

 Episod

  • 01 Awaken! Star Warrior
  • 02 Move! Dolcross
  • 03 Assemble! The Fire Tribe
  • 04 Death! Warrior Of The Earth
  • 05 Burn! Soul Of A Policemen
  • 06 Clash! Wind, Fire And Earth
  • 07 Run! To Save A Life
  • 08 Descent! Dragon Of The Sky
  • 09 Tremble With Fear! Karin's True Shape
  • 10 Invasion! An Akelon Trap
  • 11 All Togheter! 9 Sazers!
  • 12 Climatic Battle! Ultra Star Gods vs. Giant Star Beast
  • 13 Attack! Impactor
  • 14 Awaken! Water Warrior
  • 15 Rise! Ultra Star God Of Water
  • 16 Emergency! Commander Logia
  • 17 Crisis! The Plan to Exterminate Humanity
  • 18 The Ultimate Enemy! Guntras
  • 19 Sortie! Gun Caeser
  • 20 Fierce Fighting! Battle Lady
  • 21 It's Coming! Earth's Final Day
  • 22 Look! Combined Ultra Star God
  • 23 Revenge! Logia's Challenge
  • 24 Meneace! Dai Logian
  • 25 Secret Maneuver! A New Enemy
  • 26 Prisoner Of Another Dimension
  • 27 Rage! The Shooting Sword is Needed
  • 28 Beautiful Fugitive Comes
  • 29 Move! Five Aircraft
  • 30 Verseau! Reckless Driving
  • 31 Female Crisis
  • 32 Astronaut's Nightmare
  • 33 The Vengeance Ogre, Logia Returns
  • 34 Pushed Down, the Dailogian!
  • 35 Dancing Dream
  • 36 Goodbye Partner!
  • 37 Day of the Water Tribe
  • 38 Visitor from Ancient Times
  • 39 Project Omega
  • 40 Counterattack! Dark Solider
  • 41 Confrontation!
  • 42 Rebirth! Ancient Life
  • 43 Executioner Bosquito
  • 44 Solution! Puzzle of the Ancient War
  • 45 Bosquito's Last Decisive Battle
  • 46 Beginning of the End
  • 47 Approach of Fall
  • 48 Memory of the Dragon, Intention of Heaven
  • 49 Start of the Allied Forces Charge!
  • 50 Kudou, dies!
  • 51 Day of Revival











Chou Sei Shin Gransazer
Format Sains fiksyen, Fantasi, Aksi, Pengembaraan
Pencipta Toho dan Konami
Dibintangi Ryou Segawa
Asuka Shimizu
Kohei Takeda
Hideaki Serizawa
Maya Hoshino
Ren Matsuzawa
Tomohide Takahara
Sayaka Isoyama
Soji Masaki
Hideki Okada
Kumiko Ito
Takuma Sugawara
Soichiro Akaboshi
Shunsaku Kudo
Tomonori Yoshida
Shinnosuke Abe
Marie Sada
Lagu tema pembukaan "Life Goes On" oleh Yuuya Asaoka
Lagu tema penutup "Kimi Wo Tsurete Iku" oleh Asami Abe
Negara asal Bendera Jepun Jepun
Bilangan episod 51
Penerbitan
Tempoh siaran 25 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asal TV Tokyo



















sentiment_satisfied Emoticon