Pernah tidak?
Bila manusia sekeliling kau mengeluh mahu jatuh, secara tidak langsung kau terkesan secara senyap walaupun kau belum cuba lagi untuk melalui jalan-jalan dan liku-liku itu.
Bila manusia sekeliling kau meraung bagai dalam gaung, secara tidak langsung kau terkesan secara berdiam walaupun kau belum cuba lagi melompat setinggi mampu.
Bila manusia sekeliling kau merintih air tak jernih, secara tidak langsung kau terkesan secara perlahan walaupun kau belum mengotorkan apa-apa.