simpan nasi

watch_later


Assalammualaikum dan hai!

"... Bila poket kosong ramai orang lekas tersinggung
Cari kertas gambar Agong kalau takde bungkus balik kampung." - Monoloque, Ringgit.

Siapa di sini yang hidupnya di kolej ditanggung ibu bapa sila angkat tangan?
Yang meminjam dari PTPTN? Yang dapat biasiswa?

Okay terima kasih semua sila turun tangan. 

Tidak kisahlah yang periuknya besar atau kecil, nasinya banyak atau sikit, tetap keraknya mengikut saiz periuk tersebut. Tak faham? Boleh cari peribahasa tersebut huhu.

Dalam video amatur di atas, kami akan tunjukkan kepada anda semua bagaimana untuk berjimat lebih-lebih lagi ditujukan khas kepada insan-insan yang duduk di kolej. 

Sebenarnya video tersebut merupakan kerja dalam group assignment. Oleh kerana wujudnya syarikat telekomunikasi yang baik lagi mulia memberikan internet percuma dan laju dari pukul 1 pagi hingga pukul 7 pagi maka dalam kebosanan ini video pun dimuat naik. Terima kasih dan mohon turunkan lagi harga langganan internet untuk menjimatkan lagi duit kami, rakyat Malaysia.

blog; blok-blok berhantu




sentiment_satisfied Emoticon