hijrah
watch_later
comment
4 Comments
Hari ini sahaja aku malas nak buat kerja bersungguh. Tak berkorban.
Hari ini sahaja aku terus lena dibuai mimpi atas tilam empuk. Tak berjuang.
Hari ini sahaja aku bermasam muka dengan kawan. Tak bersaudara.
Bukan hari ini sahaja;
bahkan hari-hari sebelumnya.
Mungkin esok-esok juga?
---
"... Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan ..."
Kata nak berubah.
Selesaikan benda mudah atas itu dulu.
Tak perlu sibuk copy mesej-mesej panjang berjela islamik maal hijrah;
hantar dalam whatsapp, wechat, facebook, twitter, myspace, friendster, tagged, habbo.
---
Cuba sahaja walau dihahahakan.
Tuhankan maha tahu.