Tetap Sama

watch_later
Assalamualaikum.
Fahamilah bahawa manusia itu sama walaupun bukan semua!

<><><><><><><><>
Setiap perilakumu
membosankan hidupku
setiap hari berlalu
dikau tetap begitu
dan walaupun dikau diam
tak jejaskan hariku
meskipun tiada layanan
hariku tetap sama

Andai ini yang kau mahu
melangkah keluar kakiku
membiarkan hidupmu
seorang diri tanpa aku

Jelaslah dikau sama
seperti mana yang dicerita
indahnya dunia
khayalan tiada makna
inilah penghujung cerita
antara aku dan dia

Mataku takkan berair...

<><><><><><><><><>



sentiment_satisfied Emoticon